Murid Dipatuk Ular, 3 Kes Direkodkan Berlaku Di Negeri Sembilan

Trending

Murid Dipatuk Ular, 3 Kes Direkodkan Berlaku Di Negeri Sembilan

ular-sekolahJabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah mengesahkan terdapat dua lagi pelajar dipatuk ular di perkarangan sekolah, pada Sabtu dan Ahad lalu.

Pengarahnya, Rusni Ab Jalil berkata, mereka terdiri daripada seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) di Sungai Gadut, Seremban dan seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Dato’ Lela Maharaja di Rembau yang berusia 18 tahun, lapor FMT.

Advertisement

“Pada Sabtu lepas, pelajar SDAR dipatuk ular semasa pulang dari surau ke asrama, selepas solat Isyak. Warden telah membawanya ke hospital dan telah dirawat.

“Sehari kemudian, pelajar KV dipatuk, selepas cuba menangkap ular di sebuah ladang berhampiran sekolah.

“Kedua-dua pelajar itu dilaporkan stabil, selepas dirawat di hospital dan masing-masing sudah pulang ke rumah,” katanya selepas majlis Anugerah Cemerlang Akademik 2016, semalam.

Sehubungan itu, Rusni mengesyorkan pihak sekolah menabur belerang di kawasan yang dikenal pasti berpotensi menjadi lokasi sasaran ular.

Dengan dua kes berkenaan, sehingga kini, tiga kes pelajar dipatuk ular dilaporkan di Negeri Sembilan.

Kes pertama membabitkan seorang murid perempuan Tahun Dua di Sekolah Kebangsaan Chembong di Rembau yang cedera dipatuk ular ketika kelas pendidikan jasmani di padang sekolahnya, Rabu lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...