Murid Darjah 4 Ditemui Maut Di Sekolah, Polis Siasat Unsur Buli Komunikasi

Berita

Murid Darjah 4 Ditemui Maut Di Sekolah, Polis Siasat Unsur Buli Komunikasi

Polis mengklasifikasikan kes kematian seorang murid lelaki berusia 10 tahun di sebuah sekolah di sini tengah hari semalam mengikut Seksyen 507C Kanun Keseksaan, iaitu berkaitan kesalahan buli melalui komunikasi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata kanak-kanak tersebut ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas sekolah sebelum dihantar ke sebuah klinik swasta untuk mendapatkan rawatan.

Advertisement

pdrm pelajar darjah empat maut

Kira-kira jam 1.19 tengah hari semalam, pihak polis menerima maklumat berkaitan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ketika menerima rawatan di sebuah klinik swasta.

“Mangsa dihantar guru disiplin untuk menerima rawatan di klinik terbabit, namun doktor yang merawat mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan, bedah siasat dijalankan di Hospital Rembau pada hari ini bagi menentukan punca sebenar kematian, dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan.

Polis dalam pada itu menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung insiden tersebut.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada polis dan memberi jaminan ia akan dilakukan secara telus.

“KPM pada peringkat ini memberi tumpuan kepada proses psikososial serta sokongan emosi kepada murid dan guru di sekolah berkenaan,” katanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sumud flotilla
2025-10-02 13:23:12

Pasukan Guaman Malaysia Tiba Di Jordan, Runding 12 Sukarelawan GSF Dibebaskan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...