Murid Darjah 3 Menang Cabutan Bertuah, Bawa Pulang Kereta Peugeot 408.

Trending

Murid Darjah 3 Menang Cabutan Bertuah, Bawa Pulang Kereta Peugeot 408.

Seorang murid darjah Tiga tidak menyangka penyertaannya dalam Perlis Marathon 2017 membuahkan hasil apabila berjaya membawa pulang sebuah kereta Peugeot 408 tajaan Naza di Stadium Syed Putra Jamalullai.

Advertisement

Adik Muhammad Farhan Hakimi Mohamad Nor, terkejut apabila nombor penyertaannya bagi acara lima kilometer junior lelaki diumum sebagai nombor cabutan bertuah utama program terbabit.

“Saya tahu cabutan bertuah hari ini akan memperoleh kereta tetapi tidak sangka pula saya yang akan dapat.

“Ini kali pertama saya menyertai…syukur Alhamdulillah…saya mahu abang memandu kereta ini nanti,” katanya ketika ditemui pemberita.

Farhan, yang juga anak kepada tukang jahit yang berasal di Kedah berkata dia tidak berhasrat menjual kereta itu dan mahu memandunya apabila dewasa kelak.

Anak kepada tukang jahit berasal dari Kodiang, Kedah ini berkata, beliau tidak berhasrat menjual kereta itu dan mahu memandunya apabila dewasa kelak.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berangkat pada program anjuran Kerajaan Negeri Perlis itu.

Sumber : BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...