Murid Bertarung Nyawa, Tempurung Kepala Retak & Pendarahan Dalaman Akibat Ditolak Rakan

Trending

Murid Bertarung Nyawa, Tempurung Kepala Retak & Pendarahan Dalaman Akibat Ditolak Rakan

Seorang murid sekolah kini bertarung nyawa akibat kecederaan dialaminya selepas ditolak jatuh oleh rakan di sekolah.

Hantaran dibuat ibu murid bernama Aisyah Sofia binti Rohaizan itu tular dan meraih perhatian ramai termasukalah Cikgu Fadli Salleh.

Advertisement

Tempurung kepala retak, pendarahan dalaman

Menerusi Facebook, ibu Aisyah memaklumkan Aisyah ditolak jatuh sehingga menyebabkan tempurung kepalanya retak dan berlaku pendarahan dalaman di kepala yang membuatkan murid tersebut tidak sedarkan diri.

Saya tak tahu dan tak boleh nak fikir sekuat mana kawan dia tolak sehingga menyebabkan kecederaan tersebut.

Kata wanita bernama Zalinda itu lagi, dia bagaimanapun redha dengan apa yang terjadi dan cuba berlapang dada namun memohon orang ramai untuk mendoakan kesembuhan anaknya.

Dengan penuh rasa rendah hati, saya memohon semua kenalan, sahabat dan ahli keluarga agar sama-sama menitipkan doa buat anak saya.

 

Doakan kesembuhan

Hantaran tersebut mendapat lebih 16ribu perkongsian dan lebih 3,800 komen daripada orang ramai yang mendoakan agar Aisyah sembuh dengan sempurna seperti sedia kala.

Sejak kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir, makin ramai orang berani tampil bersuara dan rakyat menjadi semakin agresif dalam menekan pihak berkuasa untuk menangani isu buli di sekolah.

Terkini kes zara qairina
2025-08-13 09:17:34

Kes Zara Qairina: KPM Tempatkan Pengetua, PK Hem & Warden Di JPN Sehingga Siasatan PDRM Selesai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...