Nama pempengaruh popular, Kasih Iris Leona sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas videonya menari di pentas festival muzik tular di media sosial.
Dalam video tersebut, Leona kelihatan bersemangat menari di atas pentas sambil mengenakan busana merah dan skirt pendek.
Namun, gaya persembahan itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menegur cara pemakaian dan gerakan tarian Leona yang dianggap keterlaluan serta tidak sesuai dilakukan di hadapan khalayak.
Sehingga kini, Leona masih belum memberikan sebarang kenyataan balas mengenai teguran tersebut. Namun, ruangan komen di hantaran berkenaan terus dibanjiri pelbagai pandangan.
Ada yang menegur dengan lembut, dan ada juga yang mempertahankan hak Leona untuk berkarya selagi tidak melampaui batas.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.