Di platform Twitter baru-baru ini, tular satu video dibuat oleh seorang influencer perempuan yang membuat ramai netizen berasa kurang senang melihatnya.
Melalui video tersebut, dua gadis influencer itu didakwa telah menggunakan wajah cantik mereka untuk mendapatkan shawarma iaitu makanan Arab secara percuma.
Influencer terbabit telah menggunakan pick-up line terhadap salah seorang pekerja di restoran terbabit dan tindakan itu membuat ramai netizen mengecam mereka.
Rakaman video yang dimuat naik di platform TikTok gadis berkenaan meraih perhatian hebat dan rata-rata berasa malu dengan perbuatan mereka berdua kerana sanggup ‘menjual’ muka demi mendapatkan makanan percuma.
Sekadar info, ciapan di Twitter itu telah meraih lebih 2 juta tontonan dan melebihi 1000 tanda suka daripada pengguna platform terbabit.