“Murah Dan Senang Dapat..” – Harga RM10 Sebiji, Ramai Orang Kampung Ketagih Pil Kuda

Berita

“Murah Dan Senang Dapat..” – Harga RM10 Sebiji, Ramai Orang Kampung Ketagih Pil Kuda

Lapor Kosmo Online, punca semakin ramai penduduk di beberapa buah kampung di negeri Kelantan seperti Kampung Batu Machang dan enam buah kampung lagi di Jerek terlibat dalam penagihan dadah adalah kerana bekalan pil kuda yang mudah didapati dan juga murah.

Menurut seorang penduduk kampung yang enggan identitinya dikenali berkata, masalah ketagihan dadah dalam kalangan penduduk kampung sebenarnya sudah lama wujud dan seolah-olah menjadi barah dalam masyarakat.

Advertisement
Pil kudaSumber : Kosmo Online  

Malah, ujarnya, boleh dikatakan setiap kampung ada saja ahli keluarga mereka yang terjebak dengan gejala penyalahgunaan dadah terutamanya pil kuda.

Katanya, penduduk terutamanya golongan belia pasti ada yang terlibat dalam gejala tidak senonoh itu dan kerap keluar masuk pusat pemulihan namun tidak berubah.

Sejujurnya kami sebagai penduduk kampung berasa takut masalah sosial timbul seperti kejadian kecurian, pembunuhan kerana fikiran mereka yang ketagihan tidak waras.

Seorang suri rumah yang juga enggan dikenali memberitahu bahawa terdapat ibu bapa yang tahu anak mereka menagih dadah tetapi tidak dapat berbuat apa-apa, seperti sudah lali.

Kata suri rumah itu lagi, mereka hanya mampu menjaga keselamatan nyawa sendiri dan berdoa tidak berlaku kejadian buruk terhadap diri mereka.

Terdahulu, media tempatan melaporkan sebuah kes tragis di mana seorang anak telah tergamak memenggal kepala ibunya kerana dipengaruhi dengan gejala penyalahgunaan dadah.

Kata orang kampun, jenayah pembunuhan tersebut merupakan yang paling tragis berlaku di Kampung Batu Machang, Jerek sejak kampung tradisional itu wujud lebih 50 tahun lalu.

2 years ago

Hantar Emoji Hati Merah Dikira Gangguan Seksual Dan Boleh Dipenjara?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...