Kecoh di media sosial semalam apabila seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai personaliti media sosial membuat aksi keterlaluan di aplikasi TikTok miliknya sehingga mencetuskan kritikan netizen.
Dikecam hebat, wanita itu yang dikenali sebagai @nrhwz itu dilihat telah memuntahkan kembali minuman kopi yang dikenali sebagai ‘Air Sally’ itu yang telah diminumnya.
Sekadar info, resipi terbaru yang diberi nama ‘Air Sally’ itu merupakan hasil ciptaan seorang ‘Instafamous’ yang dikenali sebagai @Sallywhoo di TikTok.
Resipi air minuman itu merupakan kombinasi iced vanilla latte caramel upside down and on top with vanilla cold foam.
Hasil idea ‘Instafamous’ itu, air itu difahamkan sudah mula tular di semua cawangan Starbucks Malaysia kerana ramai yang ingin mencuba merasainya buat kali pertama.