Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Muntah Tak Henti Dan Sakit Perut Berpanjangan, Amyra Rosli Alami Keracunan Makanan Kronik

Pelakon cantik, Amyra Rosli dilaporkan mengalami keracunan makanan kronik dan telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan.

Advertisement

Menurut suaminya, Amar Baharin yang juga pelakon, aktres itu mengalami sakit perut yang serius dan muntah-muntah berpanjangan setelah pulang dari rumah keluarga mereka pada isnin yang lalu.

Amar yang bimbang mengenai keadaan Amyra terus membawanya ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Tambahan dengan kelahiran anak kedua mereka baru-baru ini yang masih lagi menyusu badan, keputusan itu diambil kerana takut akan memberi kesan kepada bayi mereka.

 

Advertisement

“Selama satu jam juga Amyra di hospital semalam (Isnin) untuk rawatan. Alhamdullilah, keadaan dia semakin baik tapi sekaran sambung berehat di rumah saja,”

 

Perkembangan Amyra itu turut dikhabarkan di laman instagram milik Amar apabila dia memuat naik foto Amyra yang sedang terlantar sakit di sebuah hospital dengan kapsyen mendoakan kesihatan kembali pulih buat isterinya itu.

Menelusuri ruangan komen, netizen dan juga rakan artis turut mendoakan kesihatan Amyra kembali pulih dan sihat seperti sedia kala.

Sumber: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top