Munira Sedar Selepas 28 Tahun Koma

Kehidupan

Munira Sedar Selepas 28 Tahun Koma

Seorang wanita akhirnya sedar daripada keadaan separuh koma selama 28 tahun selepas terlibat dalam kemalangan pada tahun 1991 di Dubai.

Munira Abdullah yang berusia 32 tahun semasa kejadian terlibat dalam kemalangan bersama anak lelakinya, Omar Webair selepas kereta yang mereka naiki dirempuh sebuah bas sekolah di Bandar Al Ain.

Advertisement

Akibat kemalangan itu, Munira mengalami kerosakan otak yang teruk manakala Omar yang pada waktu itu berusia empat tahun hanya cedera ringan.

Menurut Omar, ibunya dibawa ke sebuah hospital di London untuk mendapatkan rawatan sehingga wanita itu berjaya ‘dikembalikan’ dalam keadaan koma vegetatif atau separa koma.

Keadaan itu menyebabkan Munira tidak mampu memberi sebarang respons melainkan kesakitan sebelum dia dibawa pulang ke Dubai pada tahun 2017 selepas berpuluh tahun mendapatkan rawatan di London.

Di Dubai, kos perubatan Munira dibiayai oleh Putera Mahkota Abu Dhabi, Putera Mohammed bin Zayed menggunakan kaedah rawatan dari Jerman.

Kaedah rawatan dari Jerman itu menjadikan keadaan ibu saya lebih baik. Dia mula bersuara dan nama saya merupakan perkataan pertama yang keluar daripada mulutnya.

Sejak itu, keadaan ibu semakin baik dan kini dia sudah boleh bercakap seperti sedia kala. Jangan pernah berputus asa.

Laporan perubatan yang dikeluarkan dari Hospital Mafraq bulan lalu mengatakan bahawa dia kini mampu berkomunikasi dengan sendiri.

Walaubagaimanapun, laporan tersebut mengatakan bahawa dia masih memerlukan fisioterapi  berkala untuk memperbaiki postur duduknya dan mencegah sebarang kontraksi otot yang lain.

Sebab saya berkongsi kisahnya adalah untuk memberitahu orang ramai supaya tidak hilang harapan kepada orang yang kita sayangi. Jangan menganggap mereka mati apabila mereka berada dalam keadaan sedemikian.

“Selama bertahun-tahun, doktor memberitahu saya bahawa ibu  tidak mempunyai harapan, saya mencari pelbagai jenis rawatan untuk menolongnya dan melakukan apa sahaja yang saya dapat untuk memperbaiki keadaannya.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...