Mungkinkah Ini Gambaran Perodua Myvi 3rd Generation 2017

Trending

Mungkinkah Ini Gambaran Perodua Myvi 3rd Generation 2017

Rekabentuk Myvi sedia ada adalah rekabentuk dan spec yang sama diambil dari Toyota Passo. Jika Perodua ingin mengeluarkan Myvi generasi k-3, mungkin rekaan baru Passo ini akan digunakan. Tidak dilupakan juga Daihatsu Boon yang juga model asas yang digunakan untuk Myvi.

Advertisement

Toyota Passo/Daihatsu Boon ini dilengkapi dengan enjin 1.0 liter (1KR-FE tiga-silinder) yang mampu memberikan kuasa 69 PS pada 6,000 rpm dan 92 Nm pada 4,400 rpmdan dipadankan dengan transmisi CVT serta dengan pilihan pacuan roda hadapan 2WD (kecekapan bahan api 28.0 km/L) atau pacuan empat roda AWD (kecekapan bahan api 24.4 km/L).

Model Toyota Passo X dan Daihatsu Boon X (variant spesifikasi rendah)

Antara ciri-ciri utama yang lain, model baharu ini lebih ringan, struktur badannya dengan ketegaran lebih tinggi dan suspensi yang dipertingkatkan

Passo/Boon juga dilengkapi dengan dua beg udara (varian spesifikasi rendah), sistem ABS serta EBD, Kawalan Stabiliti Elektronik (VSC) dan juga Kawalan Cengkaman. Empat beg udara adalah standard untuk varian spesifikasi tinggi. Manakala beg udara untuk bahagian sisi juga turut disediakan sebagai opsyen tambahan.

Model Toyota Passo Moda dan Daihatsu Boon Cilq (variant spesifikasi tinggi)


Myvi 2017 (3rd Generation) – gambaran oleh theophiluschin.com

Jika Perodua ingin mengeluarkan Myvi Gen-3, pasti jurutera Perodua akan membuat sedikit perubahan rekabentuk terutama bahagian hadapan dan belakang bagi memaparkan imeg yang lebih menarik seperti mana yang kita lihat di Myvi gen-2.

Perodua Myvi generasi ke-3 mugkin akan dikenali dengan kod D20N mungkin tidak menggunakan enjin dan spesisifikasi yang serupa dengan Passo/Boon kerana seperti yang kita ketahui, Myvi dikuasakan oleh enjin 1.3L dan 1.5L.

Ia juga akan menajadi model pertama Perodua yang akan menggunakan sistem bantuan pengelak kemalangan Smart Assist II yang sebelum ini telah diwartakan menjadi kit keselamatan wajib untuk setiap kereta di Malaysia mulai tahun 2020.

Myvi gen-3 semestinya akan dikeluarkan dengan spesisifikasi yang tinggi seperti model Myvi yang sebelum ini. Toyota Passo/Daihatsu Boon mungkin model asas kepada Myvi tetapi Myvi adalah versi yang dinaik taraf dan dilengkapi dengan sistem keselamatan yang lebih baik berbanding kedua model tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...