“Mungkin Ustazah Tu Ada Sejarah, Masalah Ke” – PU Syed Tegur Pendakwah Gelar ‘Suami Dayus’ Isu Doktor Lelaki Sambut Bersalin

Kehidupan

“Mungkin Ustazah Tu Ada Sejarah, Masalah Ke” – PU Syed Tegur Pendakwah Gelar ‘Suami Dayus’ Isu Doktor Lelaki Sambut Bersalin

Baru-baru ini kecoh tentang seorang ustazah yang menyifatkan golongan suami sebagai dayus sekiranya membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran bayi semasa isteri bersalin.

Cara penyampaian yang dilihat begitu beremosi oleh ustazah tersebut membuatkan ramai pendengar berasa tidak puas hati dan keliru dengan hukum agama.

Advertisement

Susulan penularan video itu, PU Syed tampil menegur cara penyampaian pendakwah bebas itu yang dikatakan terlalu berkait dengan emosi.

Bila kita berkata satu benda dan berkait dengan emosi, sesuatu yang baik tu nampak tak baik.”

Tambahnya lagi, ustazah berikut juga perlu lebih berhemah dan sopan dalam cubaan menyampaikan dakwah.

Benar ustazah tersebut menegakkan supaya para suami mencari bakal doktor di kalangan wanita. Maka dia perlu sebut dengan cara yang lebih berhemah.”

Dalam pada itu, PU Syed juga sempat menitipkan kata-kata nasihat kepada wargamaya supaya bersabar dengan kenyataan yang dikeluarkan dan mengambil positif daripada apa yang disampaikan.

Bagi masyarakat dan netizen, bawa bertenanglah. Mungkin ustazah tu ada sejarah ke ada masalah ke tapi kita ambil sebagai pedoman yang tak baik kita tolak tepi.”

Untuk pengetahuan, video berkenaan turut mendapat perhatian Ustaz Azhar Idrus yang menjawab dan menjelaskan mengenai isu yang sedang panas diperkatakan itu.

1 year ago

"Tak Dayus" - Ustaz Azhar Idrus Jawab Isu ‘Viral’ Pasal Suami Benarkan Doktor Lelaki Sambut Kelahiran Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...