Melalui sesi temubual bersama portal hiburan popular, suami kepada pempengaruh, Tya Ariffin iaitu Asyraf Khalid tampil perjelaskan isu beberapa foto yang menampakkan rambut isterinya.
‘Pakai tudung nampak rambut adalah tidak disengajakan..’
Kata Asyraf, isterinya mengambil iktibar mengenai perkara tersebut serta menerima segala nasihat yang diberikan oleh netizen dengan hati terbuka.
Perkara itu (nampak rambut) adalah tidak disengajakan, mungkin Tya tidak betul-betul bersiap ketika itu sehingga ternampak sedikit rambut. Tya masih muda dan ini merupakan salah satu proses dalam kehidupan untuk dia terus belajar.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Asyraf berkata sebagai suami, dia akan terus memberi semangat kepada Tya serta memohon doa orang ramai agar isterinya akan lebih baik di masa akan datang.
Setiap manusia tak lari buat kesilapan
Tambahannya lagi, dia percaya segala dugaan pasti ada hikmah dan sentiasa menasihati isterinya untuk kekal kuat serta perbaiki diri ke arah kebaikan.
Kecaman perkara biasa untuk kami, saya nasihatkan dia supaya sabar dan percaya setiap dugaan yang Allah bagi pasti ada hikmah.
Malah, Asyraf turut percaya Tya sudah melakukan yang terbaiki sebagai seorang isteri dan ibu buat anak-anaknya, namun akui manusia tidak akan dapat lari daripada membuat kesalahan.