Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Mungkin Status Duda Buatkan Ramai Takut Nak Dekat – Fizo Omar

fizo omar

Selepas bercerai dengan bekas isterinya Mawar Karim pada bulan Julai lalu, pelakon Fizo Omar memberitahu buat masa ini dia masih belum bertemu pengganti dan ingin memberikan tumpuan kepada anak tunggalnya, Wan Maryam.

fizo omar

Advertisement

Namun, ia tidak bermakna pintu hati Fizo sudah tertutup untuk bercinta lagi. Dia mempunyai hasrat untuk berkahwin lagi dan dikurniakan rezeki untuk menimang ramai cahaya mata pada masa akan datang. Bagaimanapun, Fizo akui ramai wanita yang takut mendekatinya kerana status duda yang disandang.

Setakat ini, saya belum bertemu pengganti, mungkin kerana saya sendiri tidak berusaha mencari teman hidup. Apatah lagi, fokus ketika ini diberikan kepada Cik Yam (Maryam) dan kerjaya. Insya-Allah, apabila tiba masanya nanti, adalah (jodoh).

fizo omar kahwin lagi

Semestinya sebagai lelaki, saya mempunyai hasrat untuk berkahwin dan dikurniakan lebih ramai zuriat sebagai teman kepada Cik Yam.

Mungkin juga status duda disandang ketika ini membuatkan ramai yang takut untuk mendekati. Namun, saya enggan tergesa-gesa mencari teman baharu, sebaliknya menyerahkan kepada Allah untuk menentukannya.

fizo omarFizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 2013 dan sah bercerai talak satu pada 1 Julai lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia 2 tahun.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

13 Comments

  1. Anonymous

    November 6, 2019 at 3:25 pm

    Marah nnti fans2 fanatik dia….??????

  2. DSV Janda kaya

    November 6, 2019 at 2:57 pm

    hahahah, bukan takut sebab duda, tapi takut senasib dengan mawar.. anak mak jaga mak je la, kang khawin baru meroyan pula bini, nak cari bini baru kena cari yang kaya tau.. untuk tanggung family fizo. try la DSV, dia kan ore klate juga.. kut buleh gu dan boleh family duduk kat banglo besar gabak DSV tu

  3. Anonymous

    November 6, 2019 at 12:44 pm

    tak sabar cari pengganti lah tuh mak dh complaint umah sewa sempit. mak nk tinggal banglo, nk org gaji, fizo pening nk byr sewa bil api air. dgr umah dsv byk bilik kosong uppsss

  4. Lan todak

    November 6, 2019 at 12:37 pm

    La hari tu dlm melodi cakap ade je pompuan nak kat dia.. ni cakap pompuan takut nak dekat.

  5. Anonymous

    November 6, 2019 at 12:30 pm

    sengaja cari publisiti murah lah ko fizoooo…..
    tunggu mak ko msuk kubur baru ade pompuan nak… camtu pun xpaham2 lagik…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top