Written by Bella | November 6th, 2019

Selepas bercerai dengan bekas isterinya Mawar Karim pada bulan Julai lalu, pelakon Fizo Omar memberitahu buat masa ini dia masih belum bertemu pengganti dan ingin memberikan tumpuan kepada anak tunggalnya, Wan Maryam.

fizo omar

Namun, ia tidak bermakna pintu hati Fizo sudah tertutup untuk bercinta lagi. Dia mempunyai hasrat untuk berkahwin lagi dan dikurniakan rezeki untuk menimang ramai cahaya mata pada masa akan datang. Bagaimanapun, Fizo akui ramai wanita yang takut mendekatinya kerana status duda yang disandang.

Setakat ini, saya belum bertemu pengganti, mungkin kerana saya sendiri tidak berusaha mencari teman hidup. Apatah lagi, fokus ketika ini diberikan kepada Cik Yam (Maryam) dan kerjaya. Insya-Allah, apabila tiba masanya nanti, adalah (jodoh).

fizo omar kahwin lagi

Semestinya sebagai lelaki, saya mempunyai hasrat untuk berkahwin dan dikurniakan lebih ramai zuriat sebagai teman kepada Cik Yam.

Mungkin juga status duda disandang ketika ini membuatkan ramai yang takut untuk mendekati. Namun, saya enggan tergesa-gesa mencari teman baharu, sebaliknya menyerahkan kepada Allah untuk menentukannya.

fizo omarFizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 2013 dan sah bercerai talak satu pada 1 Julai lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia 2 tahun.

Sumber Berita : BH ONLINE

13 responses to Mungkin Status Duda Buatkan Ramai Takut Nak Dekat – Fizo Omar

  1. Kau jantan pisau cukur says:

    Punca kau jadi duda tu yang orang semua takut. Kau duduk jelah bawah ketiak mak sampai bila-bila. Besarkan anak, kerja kuat-kuat tanggung mak dan adik-beradik sendiri. Cukuplah Mawar sorang yang jadi mangsa…jangan libatkan pompuan lain kat Malaysia ni. Kau pun bukan hensem pun. Kaya pun tidak. Pandai pun tidak. Muflis plak lagi. Berlakon pun ke lauttt. Adoiii. Ntah kualiti apa yang kau ada pun tak tahulah…YILEKKKK!

  2. garam says:

    Status duda laris jer di pasaran. Buat-buat tak paham lak kenapa wanita takut nak dekat.

  3. tweety2805 says:

    pastikan carik puok ‘Sek2 Kito Jange Pecoh’ gakk yerrr!!!
    kang pisang berbuah 2 kali pulokkk…huhuuuu

  4. Anonymous says:

    Tak sampai seminit bercerai dah bercakap pasal nak cari pengganti *roll eyes*

  5. cik b says:

    fizo. bdikari sndri la. skng mmg la dduk dgn family. esk klu plan nk kwen ko reti2 la klua dri umh. crik umh lain dduk ng bini. hokey

  6. Anonymous says:

    sengaja cari publisiti murah lah ko fizoooo…..
    tunggu mak ko msuk kubur baru ade pompuan nak… camtu pun xpaham2 lagik…

  7. Lan todak says:

    La hari tu dlm melodi cakap ade je pompuan nak kat dia.. ni cakap pompuan takut nak dekat.

  8. Anonymous says:

    tak sabar cari pengganti lah tuh mak dh complaint umah sewa sempit. mak nk tinggal banglo, nk org gaji, fizo pening nk byr sewa bil api air. dgr umah dsv byk bilik kosong uppsss

  9. DSV Janda kaya says:

    hahahah, bukan takut sebab duda, tapi takut senasib dengan mawar.. anak mak jaga mak je la, kang khawin baru meroyan pula bini, nak cari bini baru kena cari yang kaya tau.. untuk tanggung family fizo. try la DSV, dia kan ore klate juga.. kut buleh gu dan boleh family duduk kat banglo besar gabak DSV tu

  10. Anonymous says:

    Marah nnti fans2 fanatik dia….??????

  11. Anonymous says:

    ??????

  12. Anonymous says:

    uissh mawar baru habis edah si fizo gigih cari pengganti
    bodoh piang yg offer diri jd pengganti sanggup kutip fizo & family sek sek kito jange pecoh ni oiii

  13. minah jambu say NO to drugs says:

    bukan takot nak dekat..pasal u tu mat klantan tu pasal pompan takot nak dekat…u kena cari minah klan jugak untok buat bini baru aman rumah tanga budu ngan budu..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini