Sejak mendirikan rumah tangga baru-baru ini, Da’i Syed serta isteri, Hana Ismail sering kali menjadi perhatian ramai kerana gelagat pasangan tersebut sebagai pasangan suami isteri sering kali dilihat dalam media sosial.
Kalau sebelum ini video Hana mengajak Da’i Syed bermain hujan jadi tumpuan, kali ini video yang dimuat naik oleh pihak MeleTOP di TikTok menanyakan soalan #couplequestion kepada pasangan tersebut pula menjadi bualan ramai.
Melalui video tersebut, ada beberapa soalan diajukan kepada pasangan tersebut tetapi ia ditanyakan dalam Bahasa Inggeris dan disebabkan itu, ramai perasan Syed kelihatan teragak-agak ketika mahu menjawab soalan.
Jika melihat Hana, dia sememangnya pantas menjawab soalan yang diajukan berbanding Syed yang perlu melihat isterinya jawab dahulu, barulah dia akan jawab.
Meninjau di ruangan komen, netizen tidak melepaskan peluang untuk mengutuk pendakwah bebas berkenaan dengan mengatakan dia tidak faham Bahasa Inggeris.
Bahkan, ada yang berkata barangkali Syed tidak faham kerana sudah memasuki sekolah pondok di usia muda, jadi dirinya lebih memahami Bahasa Arab berbanding Bahasa Inggeris.
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 170,000 tontonan dan hampir 6000 tanda suka di beri oleh pengguna platform berkenaan.