“Mungkin Sebab Penampilan Saya Yang Seksi” – Nadia Brian Akui Dah Bosan Asyik Bawa Watak Penggoda

Hiburan

“Mungkin Sebab Penampilan Saya Yang Seksi” – Nadia Brian Akui Dah Bosan Asyik Bawa Watak Penggoda

Pelakon jelita Nadia Brian mengakui bahawa dia kini lebih berhati-hati dalam memilih watak dalam sesebuah naskah filem atau drama.

Ujar Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi,31, mungkin gaya penampilannya yang seksi membuatkan pengarah memberinya watak sebagai seorang penggoda dan miang.

Advertisement

Berikutan itu, Nadia berharap agar dia diberikan lebih peluang untuk mencuba pelbagai watak dan karakter berbeza selepas ini.

Saya harap pengarah di luar sana memandang saya dari sudut berlainan, tidak hanya pandang seksi sahaja kerana saya ini budak teater. Mereka pun tak pernah lihat lakonan saya yang tidak mengenakan solekan atau melakukan aksi sendiri.

Katanya lagi, dia lebih memilih watak untuk dibawa kerana bimbang peminatnya akan berasa bosan sekiranya dia hanya memainkan naskah yang hampir sama dalam setiap drama.

Namun begitu, Nadia memaklumkan bahawa dia tidak pernah menyesal memegang watak penggoda sehingga ia menjadi begitu sinonim dengan dirinya.

Saya tak menyesal memegang watak penggoda atau apa-apa watak sepanjang karier saya. Bagi saya mungkin orang suka sebab itu ada permintaan tinggi untuk watak tersebut.

Perkembangan terkini, Nadia bakal muncul dalam filem terbaru berjudul Eva dan dia memegang watak Elly yang membawa isu kesihatan mental kepada masyarakat.

Fyna Jebat Zainal Abidin
1 year ago

"We Strongly Against It!" - Anak-Anak Bekas Jurulatih Bola Sepak Sebenarnya Tak Setuju Perkahwinan Kedua?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...