Hampir dua minggu berkahwin, nama pasangan pengantin baru, Risteena Munim dan Isa Khan sekali lagi menjadi bualan kerana didakwa merentas negeri untuk berbulan madu.
Dakwaan mula timbul apabila pasangan ini memuat naik foto seakan berada di sebuah pusat peranginan. Walau bagaimanapun, Risteena menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan mereka ke Sabah atas urusan perniagaan.
BACA: “Kami Di Sabah Ada Urusan Kerja” – Risteena Perjelas Sebab Rentas Negeri Bersama Isa Khan
Malah, suaminya, Isa Khan menerusi posting terbaru di Instagram turut menyelar tindakan seorang wartawan portal tempatan yang dikatakan mengeluarkan artikel tanpa mendapatkan kepastiannya terlebih dahulu.
Tidak mahu menimbulkan salah faham orang ramai, Isa Khan berkata dia sudah meminta artikel tersebut dipadam namun penulis gagal berbuat demikian.
Btw, aku datang sini memang atas urusan perniagaan. Semua dokumen lengkap perniagaan pun dah disertakan kepada pihak bertugas. Ada masa, aku luangkanlah bersama isteri. Mungkin posting ada menimbulkan salah faham, itu sahaja.
Jelasnya, dia sememangnya ke Sabah atas urusan perniagaan malah dokumen lengkap sudah pun disertakan kepada pihak yang bertugas. Menurutnya lagi, mungkin posting yang dibuatnya telah menimbulkan salah faham itu sahaja.

kembang malam
March 24, 2021 at 5:09 pm
tak kenal…..stol bg dia glamour la…meluat
Anonymous
March 24, 2021 at 4:38 pm
dalam toilet xnak post vker..tanya jer..
nyampah!
March 24, 2021 at 2:44 pm
takut ke tu? Hahahahaha
brunes
March 24, 2021 at 12:32 pm
thats what you get for being tone deaf.. dah tau sensitive issue ni nak juga mengundang post di resort2 segala.. dumb a$$es
Anonymous
March 24, 2021 at 12:25 pm
jangan nak salahkan orang lain laa bro…
kau sendri up story ngn caption ? honeymoon….
kau kata org salah faham bagai… pastu maki2 org…
ingat bagus sangat ke kau tu… puihhh!!!!