“Mungkin Perkahwinan Tidak Berjaya Tapi Co-Parenting Berjaya”- Sharnaaz, Nabila Tumpu Perhatian Besarkan Jebat

Hiburan

“Mungkin Perkahwinan Tidak Berjaya Tapi Co-Parenting Berjaya”- Sharnaaz, Nabila Tumpu Perhatian Besarkan Jebat

Walaupun perkahwinan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila kini sampai ke titik noktahnya, mereka masih lagi mengekalkan hubungan yang baik untuk satu-satunya anak iaitu Jebat Jayden.

Menurut Sharnaaz, dia membuat keputusan untuk berbaik dengan Nabila dan mengamalkan ‘co-parenting’ demi kebaikan Jebat. Apa yang penting kini, kedua mereka akan menjalani tanggungjawab sebagai ibu bapa supaya kanak-kanak itu dapat membesar dengan baik. 

Advertisement

sharnaaz dan noor nabila berbaik untuk jebat

Walaupun tidak dapat mengulas panjang sekiranya ada harapan untuk kedua mereka memikirkan semula mengenai hal rumah tangga, pelakon lelaki itu menjelaskan bahawa dia mahu berkawan dengan Nabila.

“Dia adalah wanita dan ibu kepada anak saya dan kami matang dalam menguruskan hal ini.”

Sebagai seorang bapa, Sharnaaz lebih pentingkan tanggungjawab menyediakan makan, minum dan pakaian anak lelakinya itu.

Manakala Nabila pula melaksanakan kewajipan sebagai seorang ibu. Malahan mengakui dia saban hari menghubungi wanita itu untuk bertanyakan perihal Jebat.

“Kalau saya nak jumpa Jebat, saya bagitau Nabila. Kadang-kadang saya belikan ‘extra’ makanan dan hantar kepada Nabila dan Jebat. Saya bertindak sebagai seorang kawan yang matang.”

sharnaaz dan noor nabila berbaik untuk jebat

Sebagai ibu bapa, mereka berdua hanya mahukan kanak-kanak tersebut membesar dengan gembira. Sedar mungkin keduanya tidak berjaya dalam institusi perkahwinan tetapi mereka kini menjalankan tugas yang baik dalam ‘co-parenting’.

“Mungkin sebagai suami isteri kami tak berjaya, tapi ‘co-parenting’ kami berjaya. Apa salahnya?”

Yang penting, Jebat gembira dan membesar dengan baik.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...