Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Mungkin Pelakon Lain Boleh Tutup Mata Tapi…” Pendekatan Produksi Yang Tidak Beretika Punca Que Haidar Tolak Tawaran Berlakon

Pelakon berbakat, Que Haidar mengakui dia tidak senang dan kecewa melihat pendekatan sesetengan produksi yang tidak beretika ketika menawarkan peluang pekerjaan atau peluang lakonan kepada barisan pelakon di Malaysia.

Menurutnya, dia sama sekali tidak bersetuju dengan cara kerja beberapa produksi yang hanya bertanyakan kelapangan masa pelakon berbanding membentangkan terlebih dahulu isi kandungan filem atau drama yang ingin dihasilkan.

Advertisement

Dia meluahkan rasa isi hati itu menerusi ruangan instagram miliknya baru-baru ini.

“Mungkin pelakon lain boleh tutup mata, tapi  saya memang tak gemar bila anda nak saya  menyertai sesuatu projek anda bertanya tentang kelapangan tarikh saya dahulu. Maaf sekali lagi. Saya rasa etika kerjanya tak betul. Anda sepatutnya bentangkan apa isi projek tersebut, pengarahnya, jalan ceritanya, wataknya, pemain-pemain yang lain, lokasinya dahulu,”

 

View this post on Instagram

‘YANG TERSEMBUNYI’ tayangan pada 19 September, Sabtu ni jam 8 mlm di @tv_okey chanel 146

A post shared by Tengku Iskhan Shah Tg. Haidar (@the_haidars) on

Advertisement

Dalam pada itu, pelakon filem Castello itu sempat meminta maaf kerana terpaksa menolak tawaran untuk berlakon bersama-sama dengan produksi tersebut.

Sekadar info, Que Haidar sudah terlibat dalam dunia lakonan dan telah membintangi banyak filem dan drama sejak hampir 15 tahun yang lalu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. Aku Menyampah

    October 9, 2020 at 7:28 am

    Bongok.. Aku rasa ngamla Wani tu tanya. Sblm apa2 better tanya jadual n masa dia free. Ko nak explain tung tang tung tang berabis, last2 clash jadual. Tak ka bodoh tu. At least retis bengap ni bleh la ckp klu dia tanya free time tu ckpla.. Sya tak berapa free tp klu projek ni menarik saya boleh reshadule blk jadual sya… Kannn simple. So tapayah nak blagak sgttt..

  2. Akal jauh

    October 8, 2020 at 10:33 pm

    Yg komen2 atas ni obviously tak pernah keja/buat urusan professional. Betula apa Que kata tu.

  3. ryu

    October 8, 2020 at 6:40 pm

    ater kalau ko x free, ape jadah dia nk explain pasal citer tu ape sume. ek eleh.

    • Anonymous

      October 8, 2020 at 6:58 pm

      Itu juga yang saya fikirkan. Kesian wani. Mungkin dia berniat baik, disalah ertikan. Tanya pon sopan saja. Sampai kena screen shot lagi.

  4. missmiss

    October 8, 2020 at 5:35 pm

    berlagaknya..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top