Mungkin Paru-Paru Berisiko Jika Anda Dongakkan Kepala, Ini Langkah Yang Wajar Jika Hidung Berdarah

Trending

Mungkin Paru-Paru Berisiko Jika Anda Dongakkan Kepala, Ini Langkah Yang Wajar Jika Hidung Berdarah

Kejadian hidung berdarah pastinya membuatkan anda panik, tambah-tambah bila terjadi pada kanak yang masih kecil. Banyak kemungkinan hidung berdarah ini berlaku, salah satunya terlalu sejuk dan kering.

Nak buat macam mana? Dongakkan kepala supaya darah berhenti? Atau masukkan daun sireh untuk hentikan pendarahan macam atok nenek kita buat?Bagaimanapun, siapa sangka kemungkinan petua yang tidak berapa pasti kesahihannya boleh menyebabkan perkara yang lebih berisiko jikalau di lakukan.

Advertisement

Tahukah anda kalau darah dari hidung itu berisiko masuk ke paru-paru sekiranya kita mendongakkan kepala ketika hidung berdarah. Jangan bimbang, nasihat doktor pakar ini jangan lakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Ikut 10 langkah di bawah :

1. Bertenang.

Elak lakukan tindakan terburu-buru. Cuba cari bantuan orang sekeliling. Ingat pesanan saya seterusnya selepas ini.

2.  Tunduk.

Ini langkah pertama MESTI dibuat. Saya ulang, jangan dongakkan kepala ke atas. Darah yang keluar akan terus mengalir ke bahagian belakang hidung dan berisiko masuk ke paru-paru. Ini lebih bahaya.

3. Picit bahagian luar hidung anda.

Tekan dan compress selama 15-20 minit. Jangan hentikan. Jika tak ada sebarang kain disekitar anda, lakukan dengan menggunakan Ibu jari dan jari telunjuk anda.

4. Ulang kembali langkah nombor tiga sekiranya pendarahan sudah mulai perlahan. Ketika ini anda hanya perlu bernafas melalui mulut.

5. Letakkan ais di bahagian dahi.

Ini bagi membantu pendarahan daripada hidung untuk dikawal. Cuba dapatkan bantuan daripada orang sekeliling.

6. Sekiranya pendarahan masih aktif dan tidak ada tanda-tanda ia akan berhenti. Kekalkan posisi ini dan segera menuju ke hospital terdekat. Nasihat saya, terus ke unit kecemasan di hospital. Bantuan kecemasan yang perlu akan dilakukan.

7. Apa doktor akan lakukan di hospital? Di hospital, doktor akan memeriksa keadaan klinikal pesakit. Pesakit akan dipastikan di dalam keadaan stabil.

8. Pendarahan dari hidung akan dihentikan dengan beberapa cara di dalam keadaan kecemasan. Kami boleh melakukan ‘anterior nasal packing’ atau ‘posterior nasal packing’ bergantung kepada lokasi pendarahan.

9. Kebiasaannya pendarahan akan berhenti selepas prosedur ini dilakukan. Kemudian doktor akan memeriksa keadaan pesakit. ‘Nasal packing’ ini akan dibuang selepas 24 ke 48 jam bergantung pemeriksaan klinikal.

10.  Jangan cuba-cuba masukkan apa-apa objek ke dalam hidung.

Jangan masukkan air ke dalam hidung. Ini hanya akan menyebabkan pendarahan tidak akan berhenti. Lakukan langkah di atas dan terus bawa ke hospital.

Semoga nasihat ini berguna untuk kalian. Jangan lupa #KONGSI kepada orang yang anda sayang. Semoga lebih ramai mendapat manfaat nanti.

 

Sumber : Dr Ezairy M.Sallih

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...