Di tengah-tengah kontroversi yang melanda pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, pengacara terkenal, Nabil Ahmad tampil berkongsi sisi lain Aliff yang mengejutkan orang ramai.
Tak pernah tinggal solat tahajud
Kata Nabil semasa mereka berdua mengikuti jemaah tabligh pada 2020 lalu, dia menyifatkan Aliff sebagai seorang yang sangat baik dan kuat agama.
Nabil turut mendedahkan Aliff adalah salah seorang yang terawal bangun bersiap untuk solat tahajud serta bersungguh-sungguh ketika membaca Al-Quran.
Semasa saya dan Aliff masuk tabligh, dia sebenarnya sebaik-baik manusia. Sepanjang dengan Aliff, dia tak pernah tinggal solat tahajud. Dia juga antara orang yang bangun seawal 2 pagi untuk bersiap.
Kalau dia mengaji, dia mengaji betul-betul. Kalau solat, dia solat betul-betul. Kalau mengaji pun begitu.
View this post on Instagram
Ujian buat Aliff
Bukan itu sahaja, pengacara program Gegar Vaganza ini juga berpendapat situasi yang dilalui rakannya itu merupakan satu ujian Allah buat dia dan isterinya, Bella Astillah.
Saya berada dengan dia yang mungkin orang tak pernah nampak. Memang besar ujian Aliff kali ini.
Allah sebenarnya sedang ujian dia dan isterinya. Keluarga mereka sedang diuji ketika ini. Mungkin ada hikmah atas apa yang Allah uji pada dia.
View this post on Instagram
Terdahulu, Aliff Aziz telah tampil di sebuah podcast menceritakan tentang perkara sebenar disebalik kontroversi rumah tangganya. Kata penyanyi tersebut, dia mengaku bersalah dengan tindakan yang pernah dibuat serta membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Bella dan pihak-pihak yang turut terlibat.