“Mungkin Orang Ingat Dikenali Ramai Artis Ni, Hidup Mewah” – Derita Sakit Jantung, Nas Ahmad Reda Kini Asnaf ‘Miskin Bandar’

Hiburan

“Mungkin Orang Ingat Dikenali Ramai Artis Ni, Hidup Mewah” – Derita Sakit Jantung, Nas Ahmad Reda Kini Asnaf ‘Miskin Bandar’

Siapa tak kenal dengan bekas wartawan hiburan Nas Ahmad atau lebih sinonim dengan panggil Abang Nas ‘Terjah’ yang merupakan salah satu slot popular dalam rancangan Melodi suatu ketika dahulu.

Nas, 61, kini menghidap penyakit jantung dan sedang menunggu giliran untuk menjalani pembedahan di hospital kerajaan.

Advertisement

Kata tuan empunya nama Md Nasir Ahmad itu, kehidupan dia dan keluarga berdepan dengan ujian apabila negara dilanda pandemik Covid-19 di mana ketika itu dia sudah tidak lagi bekerja dalam dunia penyiaran.

Selepas berhenti kerja di stesen TV, saya buka studio produksi di Shah Alam untuk menghasilkan ‘content’ YouTube dan menerbitkan program hiburan yang seiring bidang kemahiran saya.

Malangnya, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua kerja perlu dibuat dari rumah dan studio produksi perlu ditutup.

nas ahmad

Nas kini berstatus asnaf dalam kategori ‘miskin bandar’ selepas tidak dapat bekerja lagi untuk mencari rezeki akibat disahkan menghidap penyakit jantung.

Dia bagaimanapun tidak kecewa atau berputus asa sebaliknya reda dengan ujian yang menimpa dan kini Nas serta keluarga mencari rezeki dengan berniaga laksa Johor dari rumah.

Ujar Nas lagi, dua anaknya kini bekerja dan membantu daripada segi perbelanjaan keluarga selain turut mendapat bantuan bulanan Pusat Zakat Selangor (PZS).

Meskipun dalam kesusahan, Nas akui serba salah mahu berkongsi kisah hidupnya kerana tidak mahu dianggap cuba meraih simpati.

nas ahmad

Namun katanya, ramai individu yang memberikan dia kata-kata semangat serta mendoakan kesihatannya kembali sembuh agar dapat bekerja semula.

Ada juga segelintir netizen yang komen negatif dan saya biarkan saja. Sejujurnya, realiti sebenar kehidupan saya memang tidak senang seperti ‘popularnya’ nama saya dulu. Mungkin orang ingat, Nas Ahmad yang dikenali ramai artis, hidup mewah.

Jika ada yang ingin membuat sumbangan bagi membantu perbelanjaan Abang Nas, bolehlah salurkan akaun Maybank, 1010 1133 6478 (Md Nasir Ahmad).

1 year ago

"Dah Boleh Duduk Rumah Baru.." - Sewa Rumah Dan Bil Tertunggak Dah Langsai, To'ki Diberi Rumah Oleh Baitulmal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...