“Mungkin Mereka Jahil” – Pasangan Cerai Talak 3 Secara ‘Live’ Didakwa Dah Rujuk, Menteri Agama Bersuara

Berita

“Mungkin Mereka Jahil” – Pasangan Cerai Talak 3 Secara ‘Live’ Didakwa Dah Rujuk, Menteri Agama Bersuara

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad meminta orang ramai membuat laporan kepada pihak berkuasa agama negeri masing-masing jika terdapat sebarang perkara yang meragukan.

Beliau mengulas kepada pasangan tular, DJ Wong dan DJ Sal yang didakwa kembali tinggal bersama selepas umum cerai talak 3 secara langsung di Facebook April lalu.

Advertisement

Memetik laporan Harian Metro, beliau berkata jika ada laporan, pasti siasatan segera akan dilakukan. Tambahnya, ada ketika pihak berkuasa tidak tahu mengenai sesuatu isu yang tercetus.

dj sal dan dj wong

Jelasnya lagi, pihak berkuasa agama perlu memanggil DJ Wong dan DJ Sal kerana perkara ini membabitkan soal nasab dan keturunan.

Kita hendak kata dia permain agama tak boleh juga kerana mungkin sebab kejahilan mereka anggap benda itu (perceraian) mainan biasa, anggap boleh rujuk begitu sahaja.

Terdahulu, DJ Sal mengejutkan peminat apabila menampilkan DJ Wong dalam satu sesi ‘live’ di Facebook ‘Sal Bollywood’.

Menurutnya, dia telah merujuk isu di antara mereka kepada ahli keluarga dan bijak pandai agama. Wanita itu mendakwa lafaz yang dibuat suami sebelum ini tidak sah kerana ketika itu dia sedang uzur. Suami juga tidak berfikiran secara waras.

2 years ago

Sadis! Remaja Pukul Ibu Sendiri Guna Batu Hingga Mati, Dipercayai Alami Gangguan Mental

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...