“Mungkin Jika Ada Pasangan, Kuranglah Kesunyian Itu” – Lama Terperap Di Rumah Dek PKP, Remy Ishak Kemurungan

Hiburan

“Mungkin Jika Ada Pasangan, Kuranglah Kesunyian Itu” – Lama Terperap Di Rumah Dek PKP, Remy Ishak Kemurungan

Tak sangka rakyat Malaysia mampu bertahan di rumah dan mematuhi sehala prosedur Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama lebih kurang 3 bulan lamanya. Memang janggal apabila terpaksa mengubah gaya hidup asal kepada yang baharu demi memerangi wabak COVID-19.

Pelakon Remy Ishak juga jujur mengakui bahawa disebabkan terlampau lama tinggal di rumah, dia kini mengalami kemurungan sehingga terpaksa berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.

Advertisement

remy ishak kemurungan

Bahkan risau sekiranya pelakon tersebut mengalami gangguan emosi dan mental yang semakin membimbangkan, doktor telah menitipkan nasihat supaya tidak tinggal bersendirian.

“Saya tinggal sendirian. Apabila terlalu lama tidak keluar bekerja dan berjumpa orang, saya jadi murung. Apatah lagi saya ‘single’, mungkin jika ada pasangan atau keluarga yang tinggal bersama, kuranglah kesunyian itu.”

Walaupun cuba tampil kuat dan sering melakukan siaran langsung di Instagram bersama peminat, namun perasaan senang itu tidak dapat bertahan lama sehingga Remy Ishak susah untuk mengawalnya.

Meskipun isu kesihatan mental masih kurang disebut di dalam masyarakat tetapi lelaki itu tidak segan untuk berkongsi dengan umum kerana dia percaya ramai yang mengalami masalah yang sama sejak pelaksanaan PKP ini.

Atas nasihat doktor tersebut, Remy Ishak telah pun pulang ke pangkuan keluarga sejak daripada Ahad lalu lantas lelaki itu lebih mudah untuk berinteraksi dengan ahli keluarga yang lain secara bersemuka.

remy ishak kemurungan

Tambahnya lagi, jadual tidur yang asyik berubah semasa perintah tersebut berlangsung secara tak langsung turut mengganggu emosinya.

Lelaki itu yang berhasrat untuk pulang lebih awal ke kampung halaman walaubagaimanapun telah menangguhkan hasratnya tersebut supaya tidak membawa pulang virus tanpa sedar kepada ibunya yang sudah berusia.

Diminta peminat jangan risau kerana menurut doktor, kemurungan yang dialami Remy Ishak bukanlah di peringkat teruk. Bahkan lelaki itu akan kembali berkerja 20 Jun nanti.

Sumber: BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...