“Mungkin Itu Video Lama..” – Shikin Maembong Nafi Emma Maembong Sudah Berkahwin

Hiburan

“Mungkin Itu Video Lama..” – Shikin Maembong Nafi Emma Maembong Sudah Berkahwin

Shikin Maembong telah menafikan adiknya, Emma Maembong sudah berkahwin dengan seorang DJ kelab malam yang dikenali sebagai DJ Kidd.

Menurut Harian Metro, Shikin atau nama lengkapnya Siti Nur ‘Ashikin berkata, berita yang tersebar itu adalah tidak benar dan dia sendiri tidak pasti didapati dari sumber yang mana.

Advertisement

Benda itu memang tak benar langsung sebab kita adik-beradik kalau apapun, kalau dia berkenalan dengan orang yang baru sekalipun, benda pertama dia akan kongsi dengan kami sebab kita memang sangat rapat antara satu sama lain.

keluarga emma maembong

Kalau ada masalah, dia akan kongsi terutamanya mengenai hari yang bahagia. Kalau hari bahagia mestilah dia akan sampaikan dekat keluarga dulu minta pendapat.

Minta restu dengan abang

Dia juga memberitahu Emma pasti akan meminta restu daripada ibu bapanya dan pastinya akan memaklumkan kepada abang mereka, Bakri.

Bila dengar gosip macam ini memang agak terkejut juga sebab memang tiada pun.

Ketika diminta mengulas mengenai kenyataan DJ Kidd yang merujuk kepada Emma sebagai isterinya, Shikin menjelaskan bahawa dia tidak mengetahui perkara sebenar.

dj kidd dan emma maembong

Biasalah, orang kadang-kadang kawan pun, semua boleh cakap begitu tapi buktinya di mana? Kadang-kadang orang berkawan.

 

Dia kata memang tak betul, memang tak ada, hanya gosip sahaja. Pada awalnya berita yang macam sebelum ini, memang kita tahu dia berkawan.

Tiada jalin hubungan mana-mana lelaki

Difahamkan, pada masa ini dia tidak mendengar berita adiknya berkawan atau menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki.

Jadi persiapan (kahwin) atau apa memang tak ada. Bila dah ada dan dia bawa jumpa keluarga barulah saya boleh sahkan. Semestinya saya tengok gambar dan video yang tersebar.

 

Tapi apa yang saya boleh cakap sekarang, agak terkejut juga. Mungkin itu video-video lama masa mereka berkawan. Tapi sekarang ini tak ada dengar pula dia berkawan atau tidak.

 

Tak tahulah pihak sana apa tujuannya, tapi sebenarnya sekarang nampak Emma sibuk dengan shooting. Tak ada pula dating dan sebagainya. Tak ada pun.

Dalam pada itu, Shikin memaklumkan bapa mereka, Ismail Embong dan abang mereka seorang yang garang.

Tentulah rujuk abang dulu, kemudian ayah. Ayah pun ada Facebook, jadi mungkin dia tahu gosip itu. Abang saya sendiri terkejut bila kawan-kawan hantar video.

shikin maembong

Doakan yang terbaik

Kata Shikin, dia akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk adik-adiknya.

Kalau apa-apa mereka tanya saya, saya cakap tanya diri dulu. Kamu gembira dengan pilihan kamu? Macam mana pun kita doakan yang terbaik.

Sebelum ini, muncul spekulasi dalam kalangan netizen yang mendakwa pelakon jelita, Emma Maembong sudah bernikah dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai DJ Kidd.

Malah turut tular beberapa foto dan video memaparkan kemesraan Emma dan DJ kelab malam itu.

4 days ago

"Saya Akan Jadi Suami Terbaik Untuk Awak" - DJ Kid Dan Emma Maembong Bercinta Atau Sudah Bernikah?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...