August 18th, 2020

Seakan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya di Instagram selepas memuat naik sekeping foto yang memaparkan dirinya seolah-olah sedang berbadan dua, selebriti Mizz Nina mula mendapat perhatian netizen.

"Mungkin Inilah Masanya Untuk Saya Kurangkan Berat Badan" - Mizz Nina Nafi Dirinya Hamil

Tampil bergaya dalam persalinan biru muda yang memaparkan bahagian perutnya  kelihatan seakan-akan baby bump, posting berkenaan secara tiba-tiba dihujani ucapan tahniah dalam kalangan pengikut yang mendakwa dirinya kini  sudah hamil.

Bagaimanapun, selepas menyedari entri berkenaan menerima lambakan ucapan tahniah, Mizz Nina tampil memberikan penjelasan berikutan hal tersebut.

"Mungkin Inilah Masanya Untuk Saya Kurangkan Berat Badan" - Mizz Nina Nafi Dirinya Hamil

Menurutnya, beliau kini masih belum lagi mengandung seperti yang disangkakan umum.

View this post on Instagram

MashaAllah- So nice to see your wishes 🥰 By the way, im not pregnant, yet but Ameen3 to all your duas! Jazakillahu khayran kathiran 🤲🏼 maybe it’s time I lose some weight 😂 #Repost @bymizznina ・・・ Assalamualaikum and Happy Monday ladies, Ready to kick-start the week? Put your best hijab forward and do your thing with Allah SWT in mind ❤️ THE KASBAH Inspired by the intricate carvings and artistic designs found on most traditional Moroccan windowsills, we incorporate them carefully onto our Sahraa Series bawal hijab that comes in the colour Moroccan Rose and Mystique Grey. 🔸️46 × 46" 🔸Made from high quality Armani Silk 🔸Easy to drape & wrinkle-free 🔸Cooling & breathable material 🔸️RM119 For every purchase, part of the proceeds will go to the @cintasyriamalaysia fund to help our Muslim brothers and sisters in Syria, JazakAllah Khair. Get yours now @ www.bymizznina.com ———————————————————————————– Assalamualaikum semua, Bersedia memulakan minggu baru anda? Kenakan hijab terbaik dan lakukan semaksimal mungkin dan sentiasa ingat Allah SWT ❤️ THE KASBAH Diinspirasikan daripada ukiran halus dan corak artistik yang terdapat pada kebanyakan jendela tradisional Maghribi, kami olahkannya dengan penuh ketelitian kepada tudung bawal Sahraa Series kami dan ia tersedia dalam rona Moroccan Rose dan Mystique Grey. 🔸️46 × 46" 🔸Diperbuat daripada Sutera Armani berkualiti 🔸Mudah dibentuk & tidak renyuk 🔸Material sejuk & menyamankan 🔸RM119.00 Bagi setiap pembelian, sebahagian daripadanya akan disalurkan kepada tabung @cintasyriamalaysia bagi membantu saudara-saudara Islam kita di Syria, JazakAllah Khair. Dapatkan sekarang @ www.bymizznina.com #TheKasbah #SahraaSeries #ByMizzNina

A post shared by 𝑺𝒉𝒂𝒛𝒓𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@officialmizznina) on

“Masya-Allah, saya senang hati melihat ucapan anda semua. Begitupun, saya belum mengandung lagi. Ameen! Terima kasih untuk doa anda semua.

Mizz Nina tetap berpendapatan bahawa mungkin berat badannya kini yang menyebabkan orang ramai menyangka dirinya telah hamil.

"Mungkin Inilah Masanya Untuk Saya Kurangkan Berat Badan" - Mizz Nina Nafi Dirinya Hamil

“Mungkin inilah masanya untuk saya kurangkan berat badan.”

Untuk rekod, Mizz Nina telah sah menjadi isteri kepada penyanyi Noh pada 1 Julai 2011. Sebelum ini juga, Mizz Nina dilaporkan pernah menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF), namun sehingga kini, pasangan itu dikhabarkan masih belum dikurniakan cahaya mata lagi.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...