Seakan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya di Instagram selepas memuat naik sekeping foto yang memaparkan dirinya seolah-olah sedang berbadan dua, selebriti Mizz Nina mula mendapat perhatian netizen.
Tampil bergaya dalam persalinan biru muda yang memaparkan bahagian perutnya kelihatan seakan-akan baby bump, posting berkenaan secara tiba-tiba dihujani ucapan tahniah dalam kalangan pengikut yang mendakwa dirinya kini sudah hamil.
Bagaimanapun, selepas menyedari entri berkenaan menerima lambakan ucapan tahniah, Mizz Nina tampil memberikan penjelasan berikutan hal tersebut.
Menurutnya, beliau kini masih belum lagi mengandung seperti yang disangkakan umum.
“Masya-Allah, saya senang hati melihat ucapan anda semua. Begitupun, saya belum mengandung lagi. Ameen! Terima kasih untuk doa anda semua.
Mizz Nina tetap berpendapatan bahawa mungkin berat badannya kini yang menyebabkan orang ramai menyangka dirinya telah hamil.
“Mungkin inilah masanya untuk saya kurangkan berat badan.”
Untuk rekod, Mizz Nina telah sah menjadi isteri kepada penyanyi Noh pada 1 Julai 2011. Sebelum ini juga, Mizz Nina dilaporkan pernah menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF), namun sehingga kini, pasangan itu dikhabarkan masih belum dikurniakan cahaya mata lagi.