“Mungkin Ibu Mahu Saya Ceraikan Sarah, Maaf Saya Tak Boleh Buat Begitu” – Syamsul Yusof

Hiburan

“Mungkin Ibu Mahu Saya Ceraikan Sarah, Maaf Saya Tak Boleh Buat Begitu” – Syamsul Yusof

Pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof menerusi satu sidang media semalam berkata, dia semestinya mempunyai keinginan untuk berjumpa kedua ibu bapanya selepas semua kemelut yang berlaku.

Kata pengarah filem Munafik itu, dia sedar ibunya sedih di atas pergolakan rumah tangga yang berlaku terhadap dia dan Puteri Sarah.

Advertisement

Dia sebagai ibu saya faham sangat sedih. Saya faham juga ibu terluka, tapi kalau boleh jangan dikongsikan di sosial media.

Tak apa ibu sokong Sarah. Ini bukan permainan nak suruh sokong bini kedua, macam saya cakap ibu tak tahu cerita sebenar. Masa akan menentukan segalanya.

Ujarnya Syamsul, dia mengetahui ibunya itu mahu dirinya menceraikan Puteri Sarah tapi tidak dapat berbuat demikian selain mengakui ada menghubungi Datin Patimah.

Saya ada menghubungi ibu, tetapi tak payah cakap, semua orang tahu ibu marah saya. Tetapi tidak pernah sedikit pun rasa sakit hati dengan ibu, dia tetap ibu saya.

Mungkin ibu mahu saya menceraikan isteri saya (Puteri Sarah) sekarang ini, tapi saya tidak boleh buat begitu. Saya minta maaf pada ibu.

Syamsul juga mendedahkan bahawa Datin Patimah turut mengesyaki dirinya ada terkena sihir namun menafikan.

“Orang cakap Ira adalah orang yang buat. Tidak! Saya yang buat pilihan. Saya lelaki dan saya ada buat istiqarah. Bukan Ira yang mengganggu, tidak begitu. Saya yang buat keputusan” ujarnya.

Syamsul Yusof
2 years ago

"Minta Maaf Cakap, JAWI Ni Banyak Masalah" - Ira Kaza Nak Saman JAWI, Syamsul Yusof Nafi Berzina Sebelum Nikah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...