Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Berita

“Mungkin Didenda RM100,000..” – Ustaz Ebit Lew Terpaksa Berhenti Beri Bantuan Di Semporna

ustaz ebit

Selepas berjaya memberi bantuan untuk penduduk beberapa pulau di Semporna, Sabah, Ustaz Ebit Lew membawa khabar yang menduka citakan apabila dia dikatakan terpaksa berhenti memberikan bantuan di sana.

Meskipun menanam niat untuk membina sekolah kecil dan meneruskan bantuan, pendakwah itu menjelaskan dia mungkin akan didenda RM100,000 atau pun penjara selama 3 tahun sekiranya meneruskan niatnya itu.

Advertisement

“Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang. Bukan sekolah saya. Tiada caj. Lebih kepada tempat nak aktiviti dan pendidikan.”

ustaz ebit

Bahkan Ustaz Ebit berkongsi bahawa dia sudah mengumpulkan 7 orang tenaga pengajar yang bersemangat untuk mendidik penduduk di situ, namun apakan daya apabila keadaan tidak mengizinkan. Pun begitu, lelaki itu tidak berkecil hati dengan pengakhiran tersebut.

“Tadi ramai menangis sedih termasuk anggota yang patutnya bawa kami ke Pulau-pulau. Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah. Macam keluarga sendiri. Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya sayang semua. Saya maafkan semua. Saya tidak berkecil hati perjuangan di teruskan.”

Daripada entri itu juga, Ustaz Ebit Lew mengkhabarkan bahawa dia akan beransur ke Tawau pula bagi memberikan bantuan kepada yang memerlukan di sana.

Semoga urusan Ustaz Ebit dipermudahkan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 Comments

  1. Masyarakat Prihatin

    February 3, 2021 at 12:05 pm

    Terpanggil untuk bagitahu bahawa negara kita ada undang-undang. Pihak Berkuasa bagi ustaz ebit ke pulau semporna atas alasan untuk membantu (humanitarian aid) penduduk sana. Tetapi untuk buat pembinaan, sekolah bangunan etc. adalah tak dibenarkan sesuka hati, Sabah ada undang-undangnya sendiri, termasuklah negeri lain ada undang-undnag negerinya juga. Penduduk kat Pulau-pulau tu pun bukan semua warganegara.Pulau-pulau Semporna adalah terdedah dengan bahaya, ancaman lanun, kumpulan pengganas etc. ada limit masa yang dibenarkan sebab tu tak boleh lama. Bukan sesuka hati tak bagi.. kalau gov tak bagi dah lama ustaz ebit ni tak dibenarkan di sana. Fikir positif, kalau jadi penculikan ke apa kat sana dah jadi satu isu lain, berunding dengan pengganas, kena deploy tentera di sana. Pohon lihat dari semua aspek. Benda ni tak patut dijadikan isu atau diposkan kepada FB, Bila disuruh balik, balik. tak perlu pun diposkan kepada fb (hasrat nak bina sekolah tak dapat, akan dikenakan denda RM100k etc), dah timbulkan kecaman, fitnah etc. Untuk renungan bersama. Semoga kita semua dibawah lindungan dan rahmat Allah S.W.T.

  2. Zioe

    February 3, 2021 at 11:59 am

    Mgkin ada isu y lebih dr bab derma tu…..anggaplah dugaan…sbb setiap manusia y beriman akan diduga….setiap manusia y nk dinaikkan darjat nya juga akan diuji…Allah syg Ustaz..sabarlah…

  3. unknown

    February 3, 2021 at 9:52 am

    Chill suma.. kita hanya nampak apa yg tersurat tp kita jarang nak kaji apa yg tersirat.. pasti ada hikmah.. Setiap “rumah” ada tuan rumah masing2.. Hanya tuan rumah yg mengetahui & memahami isi rumahnya..

Loading...
To Top