“Mungkin Dia Terlalu Rindu..” – Fattah Amin Kongsi Momen Disebalik Fatima Enggan Berenggang Ketika Majlis Nikah

Hiburan

“Mungkin Dia Terlalu Rindu..” – Fattah Amin Kongsi Momen Disebalik Fatima Enggan Berenggang Ketika Majlis Nikah

Melalui laporan Harian Metro, pengantin baru iaitu pelakon Fattah Amin menyifatkan sikap anak perempuannya, Fatima yang enggan berenggang ketika majlis pernikahan berlangsung, malam semalam, atas kerana terlalu merindui dirinya.

“Mungkin sebab terlalu rindu..”

Menurut Fattah atau nama sebenar, Abdul Fattah Mohd Amin, dia sama sekali tidak menjangka Fatima akan bertindak sedemikian, di mana tidak mahu berjauhan dengannya.

Advertisement

Sebab kebetulan dia pun tengok daddy dia hilang sebab masa itu dia pergi ke belakang. Mungkin juga dia rindu. Jadi bila dia nampak saya, dia terus peluk. Kita pun tak sangka ingat bila dia dah peluk, dia nak lepas. Rupanya dia tak lepaskan.

Namun begitu, dia berasa bersyukur kerana isterinya iaitu penyanyi, Amira Othman menerima serta sangat memahami keadaan yang berlaku secara spontan itu.

Kegembiraan isteri dan anak diutamakan

Katanya lagi, keutamaan buat dia adalah melihat kegembiraan isteri serta anak pada majlis pernikahan itu dan bersyukur semuanya berjalan dengan lancar.

Masa ‘rehearsal’ kita tak macam itu (Fatima tak nak lepaskan Fattah). Tapi, semuanya berlaku sudah ditakdirkan macam itu. Apa yang penting, Amira gembira dan Fatima pun gembira, itu sudah cukup dah.

Semalam, Fattah dan Amira telah selamat bernikah dalam majlis ijab dan kabul mereka yang berlangsung di Dewan Utama, Golden Palm Tree Bagan Lalang.

fattah amin amira fatima
2025-09-15 08:54:43

"Walaupun Mungkin Saya Tidak Punya Anak Tapi Ada Benda Lain.." - Amira Othman Sedia Galas Tanggungjawab Sebagai Ibu Tiri Fatima

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...