Mungkin Boleh Tunjukkan Bagaimana Caranya Menjadi Pengacara Yang Bagus – Nabil Ahmad

Hiburan

Mungkin Boleh Tunjukkan Bagaimana Caranya Menjadi Pengacara Yang Bagus – Nabil Ahmad

Isu pelawak menjadi pengacara ini memang sudah bertahun-tahun lama dibincangkan. Ramai di kalangan artis sendiri (pelakon, penyanyi & pengacara) tidak berpuas hati apabila para pelawak dipilih menjadi pengacara untuk rancangan-rancangan televisyen, majlis-majlis keramaian dan juga anugerah berprestij kerana menyebabkan ‘market’ mereka berkurangan. Malah ada yang menghentam para pelawak kerana tiada ilmu pengacaraan, sekadar buat lawak bodoh, tidak berhemah dan macam-macam lagilah kutukan.

nabil ahmad

Advertisement

Menghangatkan lagi isu ini,  Syazwan Zulkifli baru-baru ini telah mengkritik mutu pengacaraan Janna Nick di dalam rancangan Melodi. Mengeruhkan lagi keadaan, pelakon Aiman Hakim Ridza telah menulis komen “Berhenti ambil pelawak. Bukan semua benda perlu loyar buruk okay. Dan ia langsung tak kelakar pun” di ruangan tersebut. Sudah tentu banyak pihak yang terasa dengan komen daripada Aiman ini. Salah seorangnya ialah Nabil Ahmad.

Kata Nabil:-

Banyak beza antara kritikan membina dan menghentam. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing, tetapi apabila terus mengheret pelawak yang menjadi pengacara sebagai isu, dia seperti tidak berpuas hati. Kalau penonton kurang selesa dengan cara penyampaian saya, tidak mungkin saya masih bersama MeleTOP selama lima tahun. Memang saya pelawak, tetapi bukan cara saya untuk buat lawak tidak bertempat.

Lagipun, setiap program mempunyai kelompok penonton yang tersendiri. Mana mungkin boleh syok sendiri. Kalau dia rasa pelawak tidak sesuai sebagai hos atau lawak kami tidak bertempat, mungkin boleh tunjukkan bagaimana caranya menjadi pengacara yang bagus.

nabil ahmad

Secara jujurnya, bagi Abang Nara, Nabil memang sesuai menjadi pengacara untuk program-program santai tontonan seisi keluarga. Lawak yang digunakan pun tidak melampau dan bersesuaian dengan keadaan. Malah teknik pengacaraan Nabil juga semakin meningkat berbanding awal kemunculannya dahulu. Kalau tak takkan lah boleh bertahan sampai 5 tahun di Meletop kan? Dengki mendengki memang satu perkara biasa, tapi janganlah sampai menjatuhkan orang lain. Anggap ia sebagai satu cabaran buat diri kita untuk menambahkan lagi portfolio serta berusaha lebih keras. Tak gitu? Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...