“Mungkin Boleh Guna Untuk Masuk Ke Universiti, Mohon Kerja Atau Buat Pinjaman Bank” – Kerajaan Bincang Beri Nilai Tambah Untuk Sijil PLKN

Berita

“Mungkin Boleh Guna Untuk Masuk Ke Universiti, Mohon Kerja Atau Buat Pinjaman Bank” – Kerajaan Bincang Beri Nilai Tambah Untuk Sijil PLKN

Baru-baru ini, melalui laporan Malaysia Gazette, pihak kerajaan akan membincangkan cadangan untuk memberi nilai tambahan buat pelatih-pelatih yang berjaya menamatkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Boleh digunakan untuk masuk universiti atau mohon kerja

Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, sesi perbincangan tersebut dilakukan bersama pihak-pihak berkaitan termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Advertisement

Sebagai salah satu adding value untuk apa juga tujuan sama ada dalam kemasukan ke universiti ataupun tujuan-tujuan lain seperti memohon pekerjaan atau membuat pinjaman bank dan sebagainya.

tan sri johari abdulSumber : NST 

Dalam pada itu, beliau mengatakan sijil tamat latihan itu kelak boleh menjadi bukti kelayakan pelatih terbabit serta diharap boleh terima semua pihak yang bukan sahaja daripada sektor kerajaan tapi masyarakat juga.

Mahu sijil PLKN mempunyai nilai

Tambahannya lagi, cadangan ini sekaligus akan menggalakkan lagi penyertaan secara sukarela untuk jalani latihan PLKN serta membentuk lebih ramai pemimpin dalam kalangan belia di negara ini.

PLKNSumber : thesun.my 

Jika tidak, ia akan menjadi seperti sijil penyertaan biasa dan kita tak mahu ia seperti itu. Kita mahukan ia ada nilai.

plkn 3.0
6 months ago

"Mesti Ada Kajian Lebih Teliti & Mendalam.." - JKPK Kekal Pendirian PLKN 3.0 Tidak Diteruskan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...