Mungkin Belum Tiba Masa Untuk Saya Berkahwin – Tiz Zaqyah

Hiburan

Mungkin Belum Tiba Masa Untuk Saya Berkahwin – Tiz Zaqyah

Hubungan percintaan antara Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq sememangnya sudah diketahui umum. Pasangan ini memang sama cantik dan sama padan. Di kala usia Tiz sudah mencecah 25 tahun, pastinya salah satu persoalan yang bermain di minda orang ramai ialah bilakah Tiz akan mengakhiri zaman gadisnya?

tiz zaqyah dan kekasih

Advertisement

Malah perkahwinan rakan-rakan selebriti yang sebaya dengannya sedikit sebanyak pasti memberikan impak buat Tiz untuk memikirkan mengenai persoalan berumah tangga. Namun berkata kepada Sinar Harian, Tiz memaklumkan mungkin belum tiba masanya untuk bergelar isteri orang. Kata Tiz:-

Jika jodoh panjang, saya akan berkahwin dengannya. Siapa yang tak mahu berkahwin, naluri wanita untuk berkahwin itu tetap ada.

Namun, saya percaya jodoh itu ketentuan ALLAH SWT dan DIA sudah menentukan hala tuju perhubungan ini.

Memang tak dinafikan, saya seronok lihat semua rakan artis dah berkahwin dan punyai anak, tapi mungkin belum tiba masanya lagi.

tiz zaqyah dan kekasih

Bagi Abang Nara, Tiz pasti ada perancangannya tersendiri dalam bab berkahwin ini. Umur 25 tahun masih boleh dikategorikan muda. Jadi mungkin Tiz mahu menikmati kehidupan solo sepenuhnya sebelum menjadi isteri orang. Yang penting, kahwinlah bila sudah bersedia sepenuhnya. Jangan kerana mengikut kehendak orang lain atau kerana terpaksa. Ramai kawan Abang Nara yang berkahwin kerana terdesak dan akhirnya rumah tangga yang dibina berkecai di tengah jalan.

tiz zaqyah dan kekasih

Apa pun Abang Nara pasti peminat-peminat Tiz Zaqyah pastinya tidak sabar untuk melihat pelakon kegemaran mereka bersanding di atas pelamin satu hari nanti. Sama-samalah kita nantikan. Lagi beberapa keping gambar si comel Tiz Zaqyah dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Tiz Zaqyah.

tiz zaqyah dan kekasih
tiz zaqyah dan kekasih
tiz zaqyah dan kekasih
tiz zaqyah dan kekasih
tiz zaqyah dan kekasih
tiz zaqyah dan kekasih
tiz zaqyah dan kekasih
tiz zaqyah dan kekasih
tiz zaqyah dan kekasih

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...