Pelawak dan personaliti TV, Nabil Ahmad memaklumkan bahawa dia tetap akan menjadi dirinya sendiri jika beraksi di mana-mana pentas pengacaraan yang dikendalikannya pada ketika ini.
Ujar Nabil, dunia lawak adalah subjektif dan apa yang cuba disampaikan bertepatan dengan audiens serta menonton.
Saya akan tetap jadi diri saya. Saya akan buat apa yang sepatutnya saya buat dan yang saya rasa, itulah tindakan yang betul.
Dunia lawak ini subjektif. Untuk orang yang rasa offended saya minta maaf. Mungkin awak berada di saluran yang salah. Tiada paksaan untuk tonton rancangan yang ada saya.
Kalau tak kena dengan jiwa, feel free untuk tengok rancangan lain. Kita ada our own supporters dan penontong yang dah lama ikut Gegar Vaganza. Target kita untuk puaskan penonton kita.
Terdahulu, Elly Mazlein yang pada awalnya turut serta menjadi hos program nyanyian itu dilaporkan mengundur diri di atas sebab peribadi.
Peminat sebelum ini ada mengkritik bahawa pentas GV terlalu ‘padat’ dengan kehadiran tiga orang pengacara dalam satu masa.
Malah, hos yang lain iaitu Jihan Muse pernah dikecam kerana melontarkan gurauan tidak sensitif terhadap Azmi Saat dan Nabil juga pernah dikritik dengan isu yang sama gara-gara sikap berselorohnya terhadap vokalis kumpulan Exist iaitu Mamat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.