Mungkin Ambil Masa 10 Tahun Untuk Pulih Sepenuhnya, Saintis Bimbang Jangkitan COVID-19 Bermusim

COVID-19

Mungkin Ambil Masa 10 Tahun Untuk Pulih Sepenuhnya, Saintis Bimbang Jangkitan COVID-19 Bermusim

Sehingga kini kita masih tiada sebarang penemuan vaksin yang tepat untuk melawan pandemik COVID-19.

Jadi buat masa ini bagi menghentikan penularannya, penjarakan sosial atau perintah berkurung perlu dilakukan oleh semua pihak.

Advertisement

Namun, sampai bilakah kita mampu bertahan?

Gambar Hiasan

Susulan perkara itu, para saintis mendakwa bahawa walaupun dunia sudah menjalankan perintah berkurung dalam jangka masa yang lama, penularan COVID-19 tidak mungkin akan pulih sepenuhnya dan ia juga mungkin akan berulang setiap tahun seperti musim selesema sebelumnya.

Bukan itu sahaja, malah dunia tidak mungkin akan kembali normal sehingga vaksin yang tepat dapat ditemui.

Hal ini dipercayai kerana, virus ini tidak mampu hilang seperti SARS ekoran pesakit yang dijangkiti mungkin ada yang tidak menunjukkan sebarang gejala, seterusnya menjangkiti orang ramai tanpa disedari.

Lebih 1.5 juta hingga 3 juta manusia akan mati akibat virus ini selagi tiada vaksin

Gambar hiasan

Berdasarkan penyelidikan dari Imperial College London dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, mereka telah menganggarkan bahawa antara 500 juta hingga 1 billion orang akan dijangkiti virus ini secara berterusan, seterusnya kes kematian juga pasti akan bertambah.

Walau bagaimanapun, mereka turut mengakui bahawa usaha memakai topeng muka dan mengamalkan penjarakan sosial sangat membantu.

Namun, penularan virus ini mungkin akan kembali teruk jika orang ramai berhenti mengamalkannya.

Dunia tidak akan kembali normal dan akan sentiasa ada pesakit yang baru. Kepercayaan antara pemerintah dan rakyat sangat penting untuk menjayakannya.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama membantu menyelamatkan dunia dengan duduk sahaja di rumah.

Baca: Penjarakan Sosial Dijangka Akan Diteruskan Hingga Tahun 2022

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...