Kemalangan yang dialami oleh Awal Ashaari baru-baru ini memang cukup mengerikan. Kalau melihat keadaan kereta, pasti ramai yang menyangka penumpang/pemandu di dalamnya cedera parah. Namun Alhamdulillah, Awal Ashaari dan rakannya sekadar cedera ringan. Memang satu keajaiban sungguh. Syukur sangat Awal Ashaari masih dipanjangkan usia dan paling penting, tidak membawa anaknya, Lara Alana ketika itu.
 Apabila musibah menimpa diri, pastinya ia memberi kita kesempatan untuk muhasabah diri. Kalau selama ini kita ambil mudah sesuatu perkara, mungkin kemalangan adalah cara Allah mengingatkan kita, memberikan kita amaran dan menyedarkan kita sebelum terpesong jauh. Abang Nara tertarik dengan kata-kata Awal Ashaari. Memang boleh dijadikan panduan untuk kita. Kata Awal:-
Bagai mati hidup semula, ia benar-benar satu keajaiban jika dilihat pada keadaan kereta yang remuk teruk. Hanya selepas 9 jam menerima rawatan, baru saya bersedia melihat gambar keadaan kereta yang dinaiki. Saya bersyukur kerana masih dipanjangkan usia. Ia bagaikan satu keajaiban dan mungkin Allah SWT mahu ‘menyampaikan’ sesuatu.
 Abang Nara teringat kemalangan yang pernah menimpa diri ini. Cuak sungguh melihat sebuah kereta Kancil berpusing di hadapan Abang Nara tanpa sebarang amaran. Nasib baiklah sempat tekan brek. Berlanggar tetap berlanggar, namun lega sebab isteri dan diri Abang Nara tidak cedera. Trauma jugaklah seminggu dua nak bawa kereta. Apa pun, semoga Awal Ashaari segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Sumber Harian Metro.
P.S: Mitsubishi Triton 2015 bakal dilancarkan 1 April ini?