Pasti ramai yang pernah dengar kes Highland Towers yang runtuh pada tahun 1993 kan? Untuk generasi baru pula mungkin baru tahu tentangnya melalui filem yang dibuat mengenai insiden itu. Sebenarnya banyak lagi kes bangunan runtuh yang pernah berlaku di Malaysia.
Jaya Supermarket
Bangunan ini merupakan antara shopping mall yang tertua di Lembah Klang dibina pada tahun 1974. Semasa hari kejadian, bangunan ini sememangnya akan dirobohkan dan proses runtuhan sedang dilakukan.
Namun, belum sempat dirobohan sepenuhnya bangunan ini runtuh dengan sendirinya dan mengorbankan tujuh nyawa. Kejadian yang berlaku pada 28 Mei 2009 itu telah mengejutkan semua pihak terutamanya penduduk sekitar kawasan tersebut.
Pada tahun 2014 bangunan baru telah didirikan yang dinamakan sebagai Jaya Shopping Centre.
Jambatan kedua Pulau Pinang
Jambatan itu kemudiannya dinamakan sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pada tahun 2014.
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Bumbung stadium ini telah runtuh pada Jun 2009 setelah baru hanya setahun stadium itu dibuka. Ketika kejadian terdapat beberapa pekerja sedang berada di dalam stadium namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Setelah melalui perbincangan mengenai rekabentuk bumbung dan sebagainya, proses pembinaan bumbung baru dilakukan. Namun, bumbung itu runtuh buat kali kedua ketika proses pembinaan pada Februari 2013 dan mencederakan pekerja yang terlibat.
Dikhabarkan pembinaan bumbung baru akan dilakukan namun masih tiada sumber yang sahih mengenai berita itu.
Yang pastinya kita dapat mengambil iktibar dari kes yang berlaku dan memperingati mangsa yang terkorban di dalam kejadian yang terjadi.
Sumber: Iluminasi