“Mungkin Ada Orang Lain Boleh Ubah Dia” – Teruja Kembali Bernyanyi, Netizen Beri Semangat Pada Aliff Aziz

Hiburan

“Mungkin Ada Orang Lain Boleh Ubah Dia” – Teruja Kembali Bernyanyi, Netizen Beri Semangat Pada Aliff Aziz

Nama penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz kembali menjadi sebutan selepas persembahan nyanyian santai dibuatnya baru-baru ini menarik perhatian ramai.

Persembahan Aliff telah dikongsikan di TikTok dan bapa kepada dua anak tersebut menyanyikan lagu Rindu Setengah Mati nyanyian asal kumpulan terkenal Indonesia, D’Masiv.

Advertisement

Difahamkan, Aliff membuat persembahan di hadapan penonton di Marina Bay, Olympic Walk, Singapura dan lontaran vokal penyanyi berusia 34 tahun itu didengari baik meskipun bernyanyi dalam keadaan duduk.

Setelah lama menyepi dan tidak aktif di media sosial serta pentas nyanyian, ramai warganet memberikan kata-kata positif kepada juara Gegar Vaganza musim kelapan itu.

Ramai berharap agar Aliff mengambil iktibar atas isu yang pernah terjadi dalam kehidupannya sebalum ini dan mendoakan agar dia dijodohkan dengan wanita yang sesuai dengannya.

Segelintir netizen berkata mungkin lagu itu ingin disampaikan Aliff  kerana memberi makna bahawa dia sangat merindui kedua-dua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

komen netizen komen netizen komen netizen

Pada tahun 2024, beberapa perkara kurang baik telah berlaku di mana Aliff telah ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Tidak lama selepas itu, rumah tangganya bersama Bella Astillah yang  dibina sejak 2016 juga musnah apabila mereka sah bercerai pada 13 Jun 2024.

1 week ago

Aliff Aziz Dan Ruhainies Didakwa Melancong Sekali? - "Pergi Hantar Princess Je Tu Kot Dekat KLIA.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...