Di saat nama si suami menjadi tular dek kontroversi buruk, pelakon dan penyanyi Bella Astillah sekali lagi menjadi tumpuan dek status dirinya yang masih lagi isteri kepada penyanyi Aliff Aziz.
Tular sebelum ini mengenai pendedahan seorang wanita bernama Sarah Yasmine yang mendakwa dirinya adalah kekasih gelap Aliff Aziz selain turut membongkar sikap Ruhainies yang didakwa mempunyai niat jahat terhadap Bella Astillah.
Tidak mengeluarkan sebarang kenyataan ataupun respon mengenai isu yang hangat itu, Bella menerusi satu hantaran Instagram Story hanya memuat naik video momen dia menyiapkan anak lelaki,Ayden Adrean ke sekolah.
Sebelum kisah pendedahan itu tular, Bella juga ada memuat naik kembali perkongsian pelakon Rozita Che Wan di IG Story.
Jangan sesekali merayu untuk jalinkan persahabatan atau hubungan dengan seseorang. Kalau awak tak dapat usaha yang sama, buang sahaja mereka.
Usaha media hiburan untuk mendapatkan respon Bella juga masih belum berjaya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.