Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Muncul Di Mahkamah Rendah Syariah, Rumah Tangga Ude Wahid dan Izreen Azminda Dilanda Badai?

izreen azminda nafi rumah tangga dilanda badai

Terkini, dilaporkan aktres Izreen Azminda dan suaminya Ude Wahid telah hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada hari selasa yang lalu.Kehadiran dua figura itu ke institusi kehakiman itu ternyata menimbulkan tanda tanya dan spekulasi mengenai keadaan rumah tangga mereka ketika ini.

Sudah pasti kehadiran Izreen yang berjubah serta bertudung hitam pada hari itu menimbulkan tanda tanya kepada netizen tentang tujuan sebenar mereka hadir ke mahkamah pada hari itu.

Advertisement

Ketika diminta untuk mengulas lanjut tujuan sebenar mereka berdua ke sana, Izreen menjelaskan bahawa dia dan suami hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan urusan denda yang dikenakan mahkamah kerana tindakan Ude berpoligami tanpa kebenaran ketika awal pernikahan mereka. Untuk rekod, Ude bernikah dengan Izreen ketika Ude masih lagi menjadi suami yang sah kepada Intan Liana Saleh.

“Jangan salah anggap, kami okey saja. Kami ke mahkamah hanya untuk membayar denda nikah. Tiada urusan lain.,”

View this post on Instagram

Selamat ulang tahun yg pertama buat si bongsu mama baba.. Semoga dedek menjadi anak yg soleh.. Beriman.. Dipanjangkan usia.. Dimurahkan rezeki.. Sehat sejahtera Dan sentiasa dlm lindunganNya.. Tq @mymumsbakery utk cake chomell ni ??? #aaronibrahim #dedekturns1 #1year #setahun

A post shared by I.Z.R.E.E.N A.Z.M.I.N.D.A (@izreen.azminda) on

Advertisement

View this post on Instagram

Keluaq sat beli barang.. Tak sangga la aku pun pakai bj hijau serupa sawah padi ??

A post shared by I.Z.R.E.E.N A.Z.M.I.N.D.A (@izreen.azminda) on

 Mengimbas kembali kontroversi yang cukup panas ini, Izreen dilaporkan telah menjadi punca runtuhnya rumah tangga antara Ude dan bekas isterinya kini, Intan Liana. Mereka berdua telah bernikah pada 8 Ogos 2017 secara rahsia meskipun status Ude yang masih bergelar suami kepada Intan Liana. Kemudian, pada tanggal 22 Mac 2018, Ude telah menceraikan isteri pertamanya setelah lima tahun mendirikan rumah tangga.

Ude dan Izreen mempunyai seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aaron Ibrahim yang kini berusia satu tahun.

Sumber: mStar online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Elliza Razak

    July 22, 2020 at 7:35 pm

    BETINA JALANG INI LAGI.. DUA EKOR BETINA YANG MENCONTENG MURAL POTRET PEMIMPIN TEMPOH HARI PUN DAH SAH BETINA JALANG JUGA.. BETINA JALANG BUKAN SEKADAR PERAMPAS SUAMI ORANG, TETAPI JUGA SUKA BUAT BENDA JAHAT LAIN MACAM MENCONTENG MURAL POTRET PEMIMPIN TEMPOH HARI. SEMOGA DUA EKOR BETINA JALANG YANG MELAKUKAN VANDALISME ITU DAPAT DIBERKAS DENGAN SEGERA.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama