Terkini, dilaporkan aktres Izreen Azminda dan suaminya Ude Wahid telah hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada hari selasa yang lalu.Kehadiran dua figura itu ke institusi kehakiman itu ternyata menimbulkan tanda tanya dan spekulasi mengenai keadaan rumah tangga mereka ketika ini.
Sudah pasti kehadiran Izreen yang berjubah serta bertudung hitam pada hari itu menimbulkan tanda tanya kepada netizen tentang tujuan sebenar mereka hadir ke mahkamah pada hari itu.
Ketika diminta untuk mengulas lanjut tujuan sebenar mereka berdua ke sana, Izreen menjelaskan bahawa dia dan suami hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan urusan denda yang dikenakan mahkamah kerana tindakan Ude berpoligami tanpa kebenaran ketika awal pernikahan mereka. Untuk rekod, Ude bernikah dengan Izreen ketika Ude masih lagi menjadi suami yang sah kepada Intan Liana Saleh.
“Jangan salah anggap, kami okey saja. Kami ke mahkamah hanya untuk membayar denda nikah. Tiada urusan lain.,”
View this post on InstagramKeluaq sat beli barang.. Tak sangga la aku pun pakai bj hijau serupa sawah padi ??
Mengimbas kembali kontroversi yang cukup panas ini, Izreen dilaporkan telah menjadi punca runtuhnya rumah tangga antara Ude dan bekas isterinya kini, Intan Liana. Mereka berdua telah bernikah pada 8 Ogos 2017 secara rahsia meskipun status Ude yang masih bergelar suami kepada Intan Liana. Kemudian, pada tanggal 22 Mac 2018, Ude telah menceraikan isteri pertamanya setelah lima tahun mendirikan rumah tangga.
Ude dan Izreen mempunyai seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aaron Ibrahim yang kini berusia satu tahun.
Sumber: mStar online