Muncul Dengan Penampilan Baharu Tanpa Jambang, Remy Ishak Buat Peminat Tak Keruan

Hiburan

Muncul Dengan Penampilan Baharu Tanpa Jambang, Remy Ishak Buat Peminat Tak Keruan

Muncul dengan penampilan baharu tanpa jambang, pelakon Remy Ishak mendapat perhatian peminat selepas berkongsi video pendek bersama pelakon Nad Zainal di laman Instagramnya.

remy ishak tanpa jambang

Advertisement

Menerusi perkongsian tersebut, Remy dan Nad menggayakan busana perkahwinan dengan menggunakan hashtag #hatiyangtersakiti

“Saja abang sumpah Mona supaya tak bergerak, sebab abang rasa Mona dah terlalu banyak menggerakkan cinta dalam hati abang.”

Seperti sudah dijangka, perkongsian yang mendapat ribuan tanda suka itu dihujani dengan komen daripada para pengikut dan memuji ketampanan Remy.

Malah, wujud juga segelintir peminat yang menyatakan Remy kelihatan lebih muda dan bergaya tanpa jambang.

Dalam pada itu, seorang pengikutnya sempat menyakat pelakon kacak ini dengan menyatakan penampilan baru ini kelihatan seperti wajahnya 10 tahun lalu ketika zaman remaja.

remy ishak tanpa jambang remy ishak tanpa jambang

Terdahulu, Remy dikhabarkan kemurungan hingga terpaksa mendapatkan nasihat doktor akibat terperap sendirian di rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa pada 18 Mac lalu.

remy ishak tanpa jambang

Bagaimanapun, bimbang gangguan emosi dan mental bertambah buruk, Remy menerusi surat dikeluarkan doktor, memohon kebenaran pihak berkuasa untuk pulang ke kampung halaman di Melaka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...