Penyanyi Iman Troye meluahkan rasa berang selepas seorang pengguna media sosial mewujudkan akaun palsu menggunakan wajah dan namanya di platform Threads.
Lebih mengejutkan, individu tersebut turut menyebarkan dakwaan palsu kononnya Iman sedang hamil.
“Suka hati kau saja, tiba-tiba tuduh aku mengandung. Jumpa di akhirat.”
Menurut Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 23, penyamar tersebut bukan sahaja memfitnah, malah dipercayai cuba memperdaya orang ramai untuk mendapatkan wang.
“Kau dah lah muat naik hantaran cakap aku mengandung, aku ini kahwin pun belum. Siap ‘scam’ orang lagi letak QR.”
“Orang yang komen pun percaya itu saya kenapa? Allahuakhbar. Terang-terang itu akaun palsu.”
Iman turut meluahkan rasa hairan apabila masih ada pengguna media sosial yang mempercayai hantaran tersebut walaupun jelas datang daripada akaun tidak sah.

Terdahulu, hantaran di Threads yang mendakwa Iman mengumumkan kehamilannya menjadi tular sehingga mencetuskan kekeliruan.
Individu yang menyamar itu juga dipercayai memuat naik gambar imbasan ultrasound bayi bagi meyakinkan orang ramai bahawa dakwaan tersebut benar.
Bagaimanapun, hasil semakan mendapati akaun palsu tersebut kini sudah dinyahaktifkan dan hantaran berkaitan dakwaan itu turut dipadam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

