Muncul Dakwaan Hael Husaini Sudah Bernikah Dengan Dayang Nurfaizah – “Dah Lama Dah, Majlis Di Puncak Alam”

Hiburan

Muncul Dakwaan Hael Husaini Sudah Bernikah Dengan Dayang Nurfaizah – “Dah Lama Dah, Majlis Di Puncak Alam”

Perkongsian foto pasangan selebriti berpakaian serba putih iaitu Hael dan Dayang Nurfaizah baru-baru ini mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen, apabila ramai menyangka mereka sebenarnya telah lama melangsungkan perkahwinan.

Namun, situasi itu bertukar apabila beberapa individu tampil di ruangan komen mendakwa pasangan berkenaan sebenarnya sudah lama mendirikan rumah tangga, sekali gus menamatkan spekulasi yang timbul.

Advertisement

dayang hael

Menerusi tangkap layar komen yang tular, seorang netizen mendakwa majlis perkahwinan pasangan itu telah berlangsung lebih awal secara tertutup.

“Dah lama kahwin… majlis kecil di rumah family, hal di Puncak Alam,” tulis seorang pengguna media sosial.

Dakwaan tersebut kemudiannya disokong oleh beberapa netizen lain yang turut mengesahkan perkara sama, malah menyatakan pasangan itu telah bergelar suami isteri sejak beberapa tahun lalu.

Susulan itu, ada netizen mempersoalkan mengapa perkahwinan tersebut tidak dihebahkan secara terbuka, namun sebahagian lain tampil mempertahankan dengan menyifatkan ia sebagai hak peribadi pasangan terbabit.

“Kalau dah halal, tak perlu pun nak sorok. Tapi mungkin itu pilihan mereka,” antara reaksi netizen.

Perbincangan itu terus hangat apabila ada yang memuji pendekatan pasangan tersebut yang memilih untuk menjalani kehidupan berumah tangga secara sederhana dan jauh daripada perhatian umum, berbanding meraikan majlis besar-besaran.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pasangan terbabit bagi mengesahkan atau menafikan dakwaan tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Dai syed
2026-01-23 13:23:16

“Saya Serahkan Kepada Allah & Peguam” — Isteri Da’i Syed Reaksi Selepas Hukuman Dijatuhkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...