Rumah tangga penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari dan suaminya, Tiko Aryawardhana, kembali menjadi bualan hangat netizen selepas tular dakwaan kononnya Bunga berdepan keganasan rumah tangga sehingga memfailkan perceraian.
Malah, turut tersebar spekulasi mengatakan pelantun lagu Cinta Sejati itu meluahkan masalah rumah tangga kepada pelakon Reza Rahadian.
Namun, berdasarkan semakan, dakwaan-dakwaan tersebut hanyalah khabar angin dan tidak berasas.
Sebaliknya, perkongsian terbaharu Bunga bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua membuktikan hubungan mereka berada dalam keadaan baik dan harmoni. Bunga menzahirkan ucapan penuh kasih buat suaminya:
Happy 2nd Anniversary, Suami. Terima kasih kerana menerima saya seadanya. Terima kasih kerana sentiasa berjuang bersama saya yang selalu berkata ‘you can do this’ setiap kali saya meragui diri sendiri.
Bunga turut berkongsi foto dirinya menerima kejutan sejambak bunga mawar putih daripada Tiko, sekaligus menepis segala dakwaan yang tular.
Dalam hantaran lain, Bunga, Tiko dan anaknya, Noah Sinclair, dilihat menikmati percutian bersama sempena ulang tahun kelahiran Tiko yang ke-45.
Perkongsian penuh kasih itu jelas menunjukkan rumah tangga mereka tidak bergolak, malah kekal bahagia dan utuh bertentangan dengan gosip yang bertebaran.
Untuk rekod, Bunga dan Tiko bernikah di Bali pada 2 Disember 2023. Sebelum itu, Bunga pernah berkahwin dengan pelakon Ashraf Sinclair pada 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair, 14 tahun. Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung ketika tidur.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
