Di tengah-tengah viralnya kek Tapak Kuda yang menjadi incaran ramai orang sekarang, usahawan sensasi, Nur Sajat telah mendakwa netizen yang membeli kek tersebut meskipun isi kek tersebut merupakan produk luaran yang diboikot.
Munafik
Menurut Sajat dalam sebuah siaran langsung di TikTok, dirinya hairan mengapa ada sesetengah yang taksub dengan kek Tapak Kuda. Katanya, kita sebagai masyarakat Malaysia sepatutnya bangga dan mengetengahkan makanan-makanan simbolik negara.
Nuttela tu bukan brand tu ke, munafik korang ni.
Kita patut mengetengahkan makanan-makanan Malaysia, barulah jadi nostalgia kepada anak-anak muda kita takut nanti para anak muda ni akan lupa masakan kita
@jen.rjane ♬ original sound – .౨ৎ
Tak teringin nak cuba
Bukan itu sahaja, usahawan ini turut menjelaskan bahawa dirinya tidak teringin untuk mencuba kek Tapak Kuda itu. Sebaliknya, sebagai anak perantau, dirinya hanya inginkan makanan-makanan Melayu sahaja. Namun demikian, Sajat tidak memaksa untuk orang lain tidak menyokong, hal itu terpulang pada mereka sendiri.
Bukan marah, bukan taknak support perniagaan. Korang support, saya setuju kalau korang support tapi janganlah korang nak ajar saya.
Saya anak perantau, saya lebih suka nak makan makanan Melayu.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.