Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Munafik 2 Dicetak Rompak, Syamsul Yusof Beri Amaran Tegas

Umum mengetahui filem Munafik 2 karya Syamsul Yusof telah berjaya mencipta fenomena tersendiri dan memecah rekod kutipan filem paling banyak berjumlah RM 40 juta hanya dalam masa 17 hari tayangan.

Advertisement

Mempunyai perancangan untuk menayangkan filem tersebut di Indonesia pada 26 September ini, Munafik 2 telah menjadi mangsa jenayah cetak rompak yang dirakam secara haram di pawagam dan kemudiannya di muat naik di media sosial. Dipercayai akaun tersebut milik warga Indonesia.

Syamsul tampil memberikan amaran keras terhadap individu tidak bertanggungjawab itu untuk memadam video tersebut sebelum pihaknya mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan yang dilakukan.

Saya sudah maklum tentang perkara itu tapi tak mahu ulas lanjut. Ada yang masih tak faham apa yang mereka buat ini salah di sisi undang-undang Malaysia.

Pihak Skop Production akan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu. Sila padam video tersebut dan jika masih berdegil syarikat akan mengambil tindakan.

Advertisement

Kami  memahami betapa sedih dan marahnya Syamsul serta pihak yang menjayakan filem Munafik 2 dimana usaha dan penat lelah mereka untuk menghasilkan filem berkualiti dicuri begitu sahaja. Harapnya pihak terbabit akan segera mengambil tindakan.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

10 Comments

  1. nana

    September 20, 2018 at 3:54 pm

    kalau ciplak pon aku tak ingin nk tgk. bosan dan angkat diri sendiri je. bila la malaysia ni nk wat cerita yg proper. suka la seram tak ada punca. jln cerita jual agama dan tak kuat. tak suspen dn dh boleh agak ending. hopefully shamsul lps ni perbaiki jln cerita, dialog dan cinematography. belajar dr industri filem thailand.

    • komarad

      September 21, 2018 at 8:58 am

      one two jaga… dah tengok ke

  2. pheww

    September 20, 2018 at 2:41 pm

    kaya teruk mamat ni

  3. hjk

    September 20, 2018 at 11:56 am

    senang je nk ciplak2.. orang buat bagai nk gile.. bangang

  4. Wekkkkkkk

    September 20, 2018 at 11:54 am

    Dh lama tak tengok wayg..berapa harga sekarang.
    Klau Rm 15.00 to rupiah..: 54 ribu…
    Wah byk sekali. Itu sbb mahu jdi maling.
    Atau Rm15.00 utk setgh hari kerja..ye dong..rugi klau pegi panggung..lebih baik rakam kasi tunjuk sama kawan.
    Indon2…sebelum masuk panggung…baca dulu ya..mas..bibik.

  5. Anonymous

    September 20, 2018 at 11:44 am

    bkn saja org, filem malaysia pun nk di angkut. Dasar Maling.

Loading...
To Top