February 26th, 2015

Rupa-rupanya tahun ini Shaheizy Sam sudah pun berusia 33 tahun. Fuh~~~ Selalu lelaki Melayu di usia ini sudah pun berkahwin dan menimang 2 atau 3 cahaya mata. Namun buat Sam, jodoh yang dicari masih belum ditemui. Pelakon Adnan Sempit ini masih single sehingga ke hari walaupun sering dikaitkan dengan selebriti lain seperti Fazura, Syatilla Melvin dan Puteri Najwa. Agaknya siapakah gadis bertuah yang akan bergelar isteri kepada Shaheizy Sam suatu hari nanti?
shaheizy sam dan ibuSelama ini, semua orang pun mengetahui betapa rapatnya hubungan Shaheizy Sam dengan ibunya, Khaty Fauziah. Lebih selesa dengan nama panggilan ‘Mummy Khaty’, ibu Sam melahirkan rasa ‘penat’nya menjaga anaknya itu dan mahu agar Sam bertemu jodoh tahun ini. Kata Khaty Fauziah:-

Sampai bila dia hendak membujang? Usia pun sudah 33 tahun. Makan, minum dan pakai, mummy yang masih menjaga semuanya. Sam seorang anak yang manja. Asyik mummy saja yang menyuap dia makan. Jadi, mummy sudah penat. Biarlah orang lain pula yang menguruskan dirinya.

Mummy harap, Sam akan dapat isteri yang mampu menjaga dirinya seperti mana mummy lakukan selama ini. Soal pilihan hati, mummy serahkan kepada Sam kerana beliau yang akan meneruskan hidup sendiri. Kalau mummy cakap mummy hendak yang bertudung dan bukan dalam kalangan artis, mummy tetap tidak boleh buat apa-apa kalau pilihan Sam sebaliknya. Itu pilihan anak mummy dan mummy haruslah berkorban.

shaheizy sam dan ibu

Adakah cita-cita Mummy Khaty akan tercapai tahun ini? Adakah Shaheizy Sam akan bergelar seorang suami dalam masa terdekat? Abang Nara percaya Mummy Khaty tak sabar untuk melihat anak terunanya bersanding di atas pelamin dan mempunyai seorang isteri untuk menjaganya. Sama-samalah kita doakan yang terbaik. Sumber Berita Harian.


Comments are closed.

Loading...