Penyanyi dan pengacara, Sissy Imann dilaporkan telah ditimpa kecelakaan apabila dirinya telah terjatuh ketika menunggang kuda untuk rakaman sebuah program TV pada hari Rabu yang lalu.
Sissy berkongsikan mengenai perkara itu menerusi akaun Instagramnya di mana insiden itu berlaku ketika dia menaiki bukit dan secara tiba-tiba kuda yang ditunggang itu membuat pusingan dengan kelajuan penuh.
Namun, penyanyi berusia 26 tahun itu tidak dapat mengawal haiwan berkenaan dan hanya mampu menjerit ketakutan apabila dia dilambung sebelum terjatuh ke tanah.
Sudahlah kali pertama menunggang kuda untuk rakaman TV, namun Sissy difahamkan tidak mendapat sebarang kecederaan serius melibatkan tulang belakang akibat insiden berkenaan.
View this post on Instagram
“Allah nak hapuskan dosa rasa-rasanya hari ini, masa dalam perjalanan naik bukit..kuda itu tiba-tiba buat pusingan semula dan turun bukit dengan kelajuan penuh. Memang literally rasa la kuasa kuda. Dalam hati berkali-kali lafaz syahadah dan saya menjerit sebab kuda tu turun bukit dengan laju. Akhirnya, saya pun terlambung jatuh ke sebelah kanan kuda bila dah sampai ke bawah.”
Tambah penyanyi lagu Pesanan Ayahanda ini lagi, dia sempat merasakan pengalaman kaki kuda di atas badan dan pengalaman itu ternyata sangat menyakitkan.
View this post on Instagram
“Nasib tak kena pijak kuda, cuma rasa la kaki kuda atas badan kita. Dah pergi klinik x-ray, so far doktor kata tak ada patah atau retak, tulang semua ok Alhamdullilah cuma lebam dan luka calar-calar sana seba terhentak jatuh tetapi demi tuhan ianya sangat menyakitkan.”
Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat dan juga rakan artis tampil memberi ucapan lekas sembuh dan semoga keadaan kembali pulih seperti sediakala buat Sissy Imann.
Dia kini difahamkan sedang berehat di rumah untuk proses penyembuhan kerana tidak dapat berjalan dengan baik dan mengalami kesukaran untuk berbaring.